Thursday, October 9, 2008

Isu Tanah NCR

Baru-baru ini berita yang ditulis oleh wartawan asing dalam akhbar mereka yang mengatakan kononnya kerajaan merampas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik rakyat dan mengganggu kubur nenek moyang mereka untuk tujuan pembangunan dalah merupakan berita palsu.


Sepatutnya sebelum mereka menyebarkan berita itu, wartawan tersebut seharusnya menyiasat terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan merampas tanah rakyat sesuka hati. Mereka ini memang suka memutarbelitkan fakta berkenaan supaya rakyat membenci kerajaan.


Mungkin ini merupakan strategi mereka untuk memburukkan kerajaan kita yang sedia ada. Orang-orang ini boleh dikategorikan sebagai penganas kerana apa yang mereka laporkan boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaaan daan seterusnya boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Akhbar dari luar ini juga telah menggembar-gemburkan isu pengusiran penduduk kampung di Bekenu seramai 10,000 orang dan merosakkan kubur orang kampung.