Saturday, December 27, 2008

Sama tapi sik serupa

Bergambar di Jalan Getah Sarikei, di belakang ya padang Sarikei dolok & bangunan panggong Cathay. Bangunan di sebelah ya masih kekal cuma panggong cathay ajak sik ada gik. Setengah dari padang dah jadi Dewan Suarah.

Di simpang tuk lah tempat sidak ya bergambar dolok, bangunan ya semuanya dah berubah kinek tuk. Sarikei semakin membangun. Bangunan nak warna kuning merah ya, Tan Sri Ting Pek King empun.


Friday, December 26, 2008

Kelab Sarikei

Gambar atas sekali: Urang dolok bila nak berjoget sik jauh dari payong, zaman ya tarian payong nang famos, payong dolok tahan walaupun dipolah dari kertas, tahan, kualiti & waterproof.
Gambar debah , aktiviti dak wanita molah gubahan bunga dan mengait. Masa ya sidak wanita dan kaum ibu nang aktif. macam-macam jak aktiviti dipolah sidak ya.

Mesti kita heran, kenak kamek ngambik gambar building ya. Mun kitak nak tauk bangunan ya lah dipakei oleh sidak ya (wanita) dolok, masa ya tingkat atas sik ada dinding. Building ya banyak berjasa bukan ajak pakei aktiviti wanita, dak sojar (askar) pun pernah diam di sia juak. Selain daripada ya, tingkat debah pakei main ping pong dan di depan kay main badminton. Zaman dolok bangunan ya digelar urang KELAB (Club). Kinek tuk bangunan ya dah dipakei dak Giatmara Sarikei.


Masjid Sarikei

Macam tuk lah mula-mula Masjid Sarikei dolok. Kamek masih ingat, waktu agik kecik dolok mun nak sembahyang di masjid ya terpaksa lalu makei kubur bab ya jak jalan short cut.

Rasanya generasi kinek tuk sidak sik tauk masjid lamak Sarikei dolok bertapak di bangunan Sugar Bun. Di sia lah mula-mula masjid Sarikei dipolah dolok.


Masjid Al-Mutaqqin nak dipakei kita sembahyang masa tuk, masjid ya berumur lebih kurang dua puluh lebih taun di Jalan Masjid Baru Sarikei, nganti masjid lamak.

Wednesday, December 24, 2008

MDS dan padang

Bangunan Majlis Daerah Sarikei (MDS) berdepan ngan Dewan Suarah. Bentuk bangunan tuk masih macam dolok juak cuma diubah sikit jak.

Mun nak tauk, bangunan di belakang ya lah bangunan MDS. Bentuknya lebih kurang sama jak. Bangunan ya masih kekal cuma padang tuk tinggal setengah jak gik. Padang yang banyak berjasa ngan urang Sarikei.


Sama tapi sik serupa

Bergambar semasa balit dari belarak Maulud Nabi taun 1971 di Sarikei. Mun urang Sarikei, memang kitak tauk di sini tempat tuk. Dolok jeraya tuk lurus ajak, pakei urang belarak.

Di situk lah tempat dak ya lalu dolok. Kawasan tuk di belakang Hong Leong Bank Sarikei. Bangunan lamak masih kekal. Kinek tuk, mun sebelah pagi kawasan ya susah nak dapat parking, bukan ya ajak urang lalu lalang pun rami juak.


Map

Sapa-sapa kitak yang baruk sampei ke Sarikei bolehlah nanggar map tuk kay panduan kitak. Nei lah tauk kali nak encarik umah adik kakak di Sarikei kah, nak?
(double klik kat map)

Tuesday, December 23, 2008

Sekolah Abg Haji Matahir

Pemandangan Sekolah Kebangsaan Abg Haji Matahir kinek tuk. Bangunan tuk lah tempat kamek urang sekolah dolok, di depan ya juak tempat bergambar. Struktur bangunan masih lagi kekal macam dolok, cuma kinek tuk ditambah dinding dan pintu.

SRK Abang Haji Matahir waktu 70an dolok. Bergambar di depan bangunan sama. Masa dolok bila bergambar kelas mesti depan bangunan ya ajak. Terima kasih bab masih mengekalkan bangunan ya.



Dulu dan Sekarang

Tuk lah Dewan Suarah Sarikei nak di tengah bandar . Kawasan tuk dolok padang main bol dak Sarikei. Apa-apa jak pertandingan main bol kah, sukan sekolah kah dan apa-apa jak aktiviti semuanya pakei padang tuk.

Cuba kitak bezakan gambar atas ya dengan gambar tuk?Padang tuklah banyak berjasa ngan penduduk Sarikei zaman mensia dolok. Apa-apa jak aktiviti di Sarikei dolok semuanya pakei padang tuk. Padang tuk unik, bab nya di tengah-tengah bandar Sarikei. Kinek tuk di belakang tempat sidak ya bergambar dah jadi Dewan Suarah. Mun jak padang ya sik di kaco dolok, rasa kamek macam Padang Central nak di Kuching ya rupanya kinek tuk.

Panggong oh panggong

Mun kitak nak tauk bangunan nak berwarna ya tempat panggong Cathay dolok. Panggong cathay dah sik ada agik dan diganti ngan bangunan empat tingkat milik Tan Sri Ting Pek Kiing.
Kinek tuk pun bangunan ya masih kosong agik.

Pemandangan panggong Cathay zaman mensia(lamak/dolok). Kesian, bangunan ya dah sik ada agik. Panggong ya dolok banyak empigit (bugs), asal keluar jak dari panggong ya, abis kembang sia sinek jak lengan kenak gigit empigit. panggong ya lah satu-satunya tempat hiburan urang dolok.

Bangunan Panggong Rex dolok/kinek tuk

Salah satu struktur bangunan lama yang masih digunakan hingga ke ari tuk. Tuk lah panggong Rex lamak. Kinek tuk panggong ya sik dipakei lagik, dah diambik dak Everwin, tempat membeli belah.

Pemandangan panggong Rex dolok, sik berubah masih kekal sampei kinek tuk, mungkin juak generasi baru tuk sik tauk bangunan ya dolok adalah Panggong Rex. Bangunan ya bersebelahan dengan Shell Station Jalan Repok Sarikei.


Sarikei membangun

Sebahagian daripada kuarters nak masih tertinggal di Sarikei. Kebanyakannya dah kosong, sik ada penghuni. Mun boleh kekalkan beberapa buah untuk bahan sejarah @ rujukan masa depan. Kuarters tuk di simpang empat Jalan Getah Sarikei.

Satu-satunya bangunan nak paling tinggi di Sarikei. Bukannya shopping complex, sebenarnya bangunan tuk menempatkan pejabat-pejabat kerajaan, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, JKR, Jabatan Tanah dan Survei. Bangunan Wisma Jubli Mutiara tuk tingginya 10 tingkat.


Monday, December 22, 2008

Paling Unik.


Satu satunya leberi (library/perpustakaan) Majlis Daerah Sarikei (MDS) yang paling unik, bukan struktur bangunannya unik tapi tempatnya di tengah antara Sarikei dan Bintangor. Mun sik silap nama nya Perpustakaan Pasi. Dari Sarikei sebelah kerek, mun kitak nangga sigek jak bangunan tercugat kat ladang kelapa sawit, ya lah leberi. Mun ada masa singgah jak. MDS nang perihatin, dalam utan pun dipolahnya leberi.

Pembangunan Sarikei

Jambatan Sungai Nyelong nak digunakan urang kinek tuk kay nganti feri. Mun dari Sarikei nak ke Bintangor @ Sibu jambatan tuk lah pakei kita. Ngan adanya jambatan tuk boleh menjimatkan perjalanan kita.

Feri point tuk sik di pakei urang lagik, sebelum jambatan siap, feri point tuk diguna oleh urang kay ulang alit Sarikei Sibu.


Feri ya banyak berjasa ngan penduduk di situk. Tambang keta seringgit jak dolok. Kinek tuk feri ya dah sik dipakei urang lagik bab jambatan dah ada. Mun kitak nak tauk Sarikei waktu tuk sik macam dolok agik, dah banyak perubahan dan pembangunan cuma Parkson jak sik ada.


Program Nur Bestari MPWK P206 Tanjung Manis

Antara peserta dan para tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

AJK MPWK P.206 Tanjung Manis mengadakan sesi bergambar bersama tetamu kehormat YB Norah Tun Abdul Rahman.

Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-ketua Masyarakat mengadakan sesi bergambar bersama YB.


YB Norah Tun Abdul Rahman menyaksikan pameran Sulaman Manik dan Labuci


Jamuan teh bersama YB dan tetamu.





Sunday, December 21, 2008

Program Nur Bestari MPWK P206 Tanjung Manis

Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) kawasan Parlimen P206 Tanjung Manis telah mengadakan Program Nur Bestari di Dewan KIPPTM, Bandar Baru Tanjung Manis pada 20 Disember 2008. Majlis penutupan rasmi telah di sempurnakan oleh Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis pada pukul 2.00ptg. Lebih dua ratus orang peserta wanita telah menyertai program tersebut. Dalam pada itu PPWS Belawai juga mengadakan Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci.
YB Norah Tun Rahman bersalaman dengan tetamu dan peserta program, turut hadir ialah Speaker DUN, Dato' Seri Awg Asfia Awg Nasar.
Pengerusi Program MPWK Kawasan P206 Tanjung Manis, Kr Dayang Raoyah Abang Adeng berucap sepatah dua kata dalam majlis tersebut.

YB Norah Tun Rahman Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis selaku tetamu kehormat sedang menyampaikan ucapan dalam majlis itu.

YB menyampaikan hadiah Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci kepada pemenang pertama di perhatikan oleh YB Dato' Seri, Kr Dayang Raoyah, Mohamad dan SAO Belawai.


Kr Dayang Raoyah menyampaikan cenderahati kepada YB Norah Tun Rahman sebagai tanda terima kasih.





Friday, December 19, 2008

Sojar


Tuk lah digelar urang dolok sojar (askar) . Dolok di Sarikei mengarea jak sidak tuk bab masa ya komenis masih banyak. Dalam tahun 70an kamek selalu pegi kem sidak nya. Kadang-kadang bila balit dari sia diberi sidak resen.

Pelajar Sekolah Agama

Pelajar bergambar di depan sekolah agama lamak lepas perarakan Maulud Nabi 8 May 1971. Mun kitak nak tauk tapak sekolah dah jadi bangunan kedei belakang Furama Hotel Sarikei. Kesian ngenang, kamek pernah belajar di sia juak dolok. Bangunan sekolah ya sik ada pakei kenangan generasi baru, yang ada cuma gambar tuk ajak.

(Coba dabel klik gambar ya ni lah tauk ada muka sanak saudara @ kitak pun dalam gambar ya).

Yah! nar ndak padah kamek tek..


Thursday, December 18, 2008

Imbasan Pesta Nanas dan Regatta Sarikei 2008

Pertandingan Senamrobik Poco-poco


Sempena Pesta Nanas yang lalu antara program yang diselitkan ialah Pertandingan Senamrobik Poco-poco. Bermula pada pukul 7 pagi di atas jalan depan Majlis Daerah Sarikei.



Semua kumpulan poco-poco tengah warm up, manas badan.




Aih! sempat juak antara sidak ya berkentut. Mun sik cayak coba kita nangga ompuan di belakang nak gemok ya nutup idung. Kali kentut sidak ya bau gilak nak, ha..ha..

(coba klik gambar ya)





Tuk agik semacam, sidak tuk poco-poco kah main tai chi..?





Sidak tuk standby, di suruh warm up dolok, takut ada angus (kebakaran). yalah sidak tuk di suruh pakei baju celoreng (mcm baju sidak Bomba)



Sedih na muka Freda ya (depan di tengah), apa ndak nak difikirnya. Mun menang mesti dak AirAsia embak sidak pergi melancong bab warna baju sidak ya merah.
Jangan mare, pelentei ajak..





Imbasan Sempena Pesta Nanas dan Regatta Sarikei 2008

Pertandingan Poco-poco

Salah satu acara yang berlangsung sempena pesta tersebut ialah pertandingan Senamrobik Poco-poco. Seramai 15 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Pertandingan tersebut telah didakan di jalan raya depan Majlis Daerah Sarikei (MDS).

Johan: Sri Melati, Naib Johan: Anak seni PPWS Cawangan Bintangor, Tempat Ketiga: PPWS Cawangan Belawai


Kumpulan Sri Melati (Johan) mengayakan tarian poco-poco, bergolong-golong jak tangan sidak ya..





Serius na juak muka, cobalah senyum sikit, lain kali mun nak berpoco-poco ceriakan sikit muka, tuk memang belum minum pagi, ni ndak tebiut jak muka.


a..cea..wah sidak MDS tok bertandak kah apa..?



Penolong Kanan Pengarah Kastam, Sarikei, En. Md Jaafar Abdullah (Pengerusi Pengelola)nyampei hadiah ngan sidak hakim pertandingan.





Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Kr Dayang Raoyah Abang Adeng nyampei hadiah ngan sidak ketua kumpulan Sri Melati (Johan Poco-poco) diperhatikan oleh En Md. Jaafar Abdullah (Pengerusi Penganjur)






Wednesday, December 17, 2008

Posing urang dolok

Atas : Nang kacak urang dolok posing, susah nak melawan. Gambar ya masa nyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 1959. Ujung sebelah kanan ninggal bapak kamek lok. Nak di tengah ya bekas Penghulu (kampung Hilir)Sibo dolok. Mun kitak kenal sidak lain ya padah ngan kamek juak.
Debah : Urang dolok samada makei songkok kah, topi kah, kenaknya mesti singit, mun sik singit ke kerek ke kanan, heran o..? Bergambar di kilang pun posing abis2...Mcm ni pun, urang dolok2 nang spoting..