Friday, January 30, 2009

Pendaftaran pengundi secara online

Tan Sri Abdul Aziz

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kaedah itu akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin iaitu sebaik sahaja kajian mengenainya selesai.

Menurut beliau lagi, terdapat empat juta warganegara yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar dengan SPR dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berumur 20-an.

Rumput Kuda

Rumput kuda atau rumput guinea ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 hingga 2 meter. Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu kuda biasa, green panic, hamil, coloniao dan makuene.
Di Malaysia, jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.


Di Malaysia, rumput yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.

Rumput ini juga boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% protein kasar dan sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur.
Ia tahan pada kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Bagaimanapun rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung.


Kebiasaannya rumput pastura dari jenis ini boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi untuk diberikan kepada ternakan seperti kambing. ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan menghasilkan daging dan susu.

Thursday, January 29, 2009

Michelito matador termuda dunia

Michelito Lagravere Peniche yang berusia 11 tahun dari Merida, Mexico berjaya mencipta nama dalam Buku Rekod Guinness sebagai matador termuda dunia. Gelaran ini diperolehinya selepas dia berjaya membunuh enam ekor lembu muda dalam masa sehari.
Acara laga lembu yang disertai Michelito ini hampir-hampir dibatalkan selepas kumpulan antilaga lembu dan perlindungan kanak-kanak membuat protes. Malah Datuk Bandar Merida sendiri menggantung cubaan Michelito untuk mencipta Rekod Guinness dengan alasan pertandingan berisiko tinggi seperti ini tidak boleh disertai oleh mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Namun nasib menyebelahi Michelito apabila pejabat pendakwa raya berjaya menolak arahan ini selepas ayah Michelito yang juga bekas matador membuat rayuan. Aksi berani Michelito ini disaksikan oleh lebih 3,500 penonton yang sebahagian besarnya merupakan golongan kanak-kanak.
Nama Michelito sememangnya sudah popular dalam acara laga lembu di seluruh dunia. Dia mula menyertai acara ini ketika usianya baru mencecat empat tahun. Michelito berjaya membunuh lembu pertamanya kira-kira dua tahun selepas itu. Semenjak itu dia mula aktif dalam acara laga lembu di seluruh dunia.

Fakta Lintah

Mungkin kita telah sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh didokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.
Terapi Lintah digunakan untuk merawat Glucoma, Myasthenia, Inflammatory Reactions, Heart Diseases, Rheumatic Diseases, Tendovaginitis and Tendonitis, Venous Diseases and Varicose Veins, Arthrosis, Arthritis, Muscle Tension, Trombosis and Embolism dan Passive Congestions and Spastic Conditions.

Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.

Dalam dunia didapati 650 spesis lintah yang telah wujud di kawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempinyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina.
walaupun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu mengawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakan lintah mempunyai memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

Gambar menunjukkan lintah sedang makan (menyendut) darah belut.

Fakta Lintah :-
  • lintah besar berukuran 18 inci.
  • lintah mempunyai 32 otak
  • lintah Hiduro mengeluarkan anak dalam kokun dan membawa anak di atas perut sendiri dan boleh mencapai 300 ekor.
  • tidak semua lintah penghisap darah.
  • lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah.
  • gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius.
  • lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri.
  • lintah akan mengembang sendiri sehingga 5 kali berat badan.
  • sistem saraf lintah mempunya banyak persamaan dengan sistem saraf manusia.
  • pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala dan gaut.

Sushi popular seluruh dunia

Sushi ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh disajikan secara mentah, dimasak atau diperam. Asal usul sushi tidak diketahui tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi.

Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di Bandar Edo pada 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.


Penyeliaan sushi memerlukan beberapa perkakas dapur yang penting seperti pisau yang tajam, batang penyepit (sai bashi), kain (fukin) dan beberapa peralatan khas seperti mangkuk kayu (hangiri), sudu nasi yang leper (shamoji), tikar gulung (makisu) dan kotak rekan sushi (oshibako).

Ramuan penting termasuklah nasi jenis Jepun (kome), rumapair laut kering (nori), wasabi, kicap (sh'yu), halia peram (gari), cuka nasi (su), sake, mirin dan lobak putih (daikon). Sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa dimasukkan. kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya beza dari segi penyediaan.

Antara Sushi yang popular ialah Nigiri-sushi, Temaki-sushi, Oshi-sushi, Chirasi-sushi dan Temari-sushi. Kebanyakan kedai makanan Jepun yang menghidangkan sushi tidak menyediakan menu untuk pelanggan.

Jika dibandingkan dengan struktur menu yang biasa ditemui, hidangan Jepun tidak mempunyai susunan hidangan yang khas. Sushi boleh dimakan dengan tangan bagi mereka yang kurang selesa dengan batang penyepit.

Di restoren Jepun, pelanggan yang ingin menjamu dengan tangan diberi tuala basah sebelum hidangan. Mengikut pantang larang di meja makan Jepun, dilarang menyambut makanan dengan penyepit yang diberi oleh orang yang juga menggunakan penyepit kerana ini dianggap membawa malang.

Gerhana Matahari Anulus

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Jananuari yang lalu. Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Gerhana Matahari Anulus itu berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.
Tetapi pada petang tersebut, hampir semua cuaca di Sarawak mengalami mendung dan hujan menyebabkan susah untuk melihat gerhana tersebut berlaku.
Gambar menunjukkan bulan menyelubungi matahari ketika gerhana matahari anulus yang jarang kali berlaku.

Wednesday, January 28, 2009

Fakta Nanas


Nama saintifiknya Bromeliaceae Comosus. Sejenis tanaman tropika yg dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan yang kemudiannya diperkenalkan oleh penjelajah Portugis & Sepanyol ke dalam koloni mereka di Asia, Afrika & Pasifik Selatan. Di negeri-negeri ini jugalah nanas terus ditanam sehingga kini
Faedah dan khasiat baik untuk sistem penghadaman dan pelawasan, sekaligus boleh mengekalkan berat badan ideal dan keseimbangan nurtrisi. Nanas juga dikatakan kaya dgn vitamin (C, B, B2, B3, B5 & B6), mineral, serat dan enzim (khususnya bromelain yg ada kaitan dgn penghadaman).


Nanas harus dimakan antara waktu makan tanpa mengambil makanan lain. Jika dimakan bersama makanan lain, kebaikan enzim dlm nanas akan terjejas.
Jus nanas dikatakan boleh membunuh cacing dlm usus.
Mereka yang menghidap kencing manis dan yang mempunyai tahap gula dalam darah yang rendah tidak digalakkan makan buah ini. Apa pun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, jika hendak menggunakan nanas untuk tujuan perubatan.



Gajus mahal tapi sedap

Gajus merupakan anara buah yang unik kerana bijinya yang terdapat di bahagian luar buah. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok ketereh, janggus dan jambu golok. Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale dan ia tergolong dalam famili Anacardiaceae.
Pokok ini berasal dari Brazil dan ditanam di kawasan terbuka untuk bijinya. Ia hidup lebih subur di kawasan yang berpasir seperti kawasan tepi pantai dan di kawasan kampung. Pokoknya besar dan boleh mencapai ketinggian lebih daripada 20 meter. Bijinya yang digoreng mempunyai rasa yang sedap dan harganya juga mahal. Ia digunakan juga dalam ramuan nasi beriani dan sebagai hiasan di atas beberapa hidangan masakan dan kuih.

Getah daripada buahnya boleh mencederakan kulit. Bagaimanapun pucuk dan buah gajus biasanya dimakan mentah sebagai ulam bersama sambal belacan, sambal udang dan boleh juga dibuat kerabu. Buah gajus ini dikatakan tidak disarankan dimakan mereka yang menghidap penyakit batuk dan lelah.

Timun rawat sakit tekak

Timun atau nama saintifiknya Cucumis Sativus tergolong dalam keluarga labu (Cucurbitaceae) seperti tembikai, lemon dan labu. Ia merupakan tanaman yang menjalar dan biasanya dimakan mentah, dibuat ulam ataupun acar. Timun atau mentimun merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dahulu.
Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Selain itu timun juga kaya dengan kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2 dan Vitamin C. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kekacingan. Ia juga boleh merawat sakit tekak dan mengembalikan suara yang hilang. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

Siak-siak untuk rawat kecacingan

Siak-siak tergolong dalam famili Liliaceace. Nama saintifiknya ialah Daniella Ensifolia. Herba jenis renek ini tumbuh berumpun dan ia boleh mencapai tinggi semeter. Daunnya panjang bersifat elipik atau lanseolat, agak keras, berpelepah dan hujungnya tajam. Bunganya muncul di hujung tangkai yang panjang, jenis biseksual, berwarna ungu kebiruan dan kadang-kala putih atau kekuningan.
Buahnya pula bentuk beri, bergaris pusat 9-15 mm, berwarna ungu keungguan dan kelihatan lebih berkilau setelah matang. Setiap buah mempunyai 3-4 biji. Bijinya berbentuk ovoid, berukuran 5 mm panjang, lembut, hitam tetapi berkilauan. Herba ini mempunyai beberapa khasiat perubatan. Akar pokok siak yang telah dikeringkan, dikunyah atau pes akarnya yang segar disapu pada perut bagi merawat kekacingan.

Pokok herba ini dikatakan dapat merawat penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya. Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan dalaman selepas bersalin. Abu akar dan daun pokok siak boleh dijadikan ubat sapu untuk merawat bisul, gatal, sakit kuning, kudis herpes dan sakit urat. Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau makanan lain sebagai umpan untuk membunuh tikus. Akar dan rizom siak-siak juga boleh dibuat kosmetik dan minyak wangi.

Lipas serangga perosak

Lipas merupakan sejenis serangga perosak yang tinggal di kawasan gelap dan lembab seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.
Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. Sejarah awal mengaitkan pemeliharaan lipas untuk tujuan perubatan.
Dalam sejarah Pedanius Dioscorides (1st century), Kamal Al-Din Al-Damiri dan Abu Hanifa Ad-Dainuri (abad ke-9) menceritakan bahawa lipas digiling dengan minyak atau direbus sebagai ubat bagi merawat masalah sakit telinga, luka dan mereka yang menghadapi masalah peranakan.


Keputusan EPL

English Premier League (EPL) 27 January 2009 :


Manchester United (5)
Berbatov (22)
Tevez (44)
Vidic (60)
Ronaldo (65,70)




West Bromwich Albion (WBA)
(0)

Tuesday, January 27, 2009

Cendawan Lingzhi

Cendawan Lingzhi adalah jenis cendawan yang telah pun didapati dikebanyakan produk-produk minuman, kesihatan dan kecantikan. Ianya dicampurkan didalam nisbah-nisbah tertentu untuk memberikan produk-produk minuman tersebut nilai tambah untuk manfaat kesihatan penguna. Berikut adalah elemen-elemen khasiat yang terkandung di dalam cendawan lingzhi.


Bawang Putih untuk awet muda

Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium Satirum. Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih terbesar terdapat di China, Korea Selatan , Thailand, Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur. Selepas dituai bawang putih boleh disimpan selama dua atau tiga tahun.
Masyarakat Eropah sudah menggunakannya sebagai satu cara untuk merawat penyakit sejak beribu-ribu tahun lalu dan ia dipercayai dapat melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang zaman purba dikatakan menyukainya kerana percaya tumbuhan ini memounyai kuasa menyembut penyakit.
Orang Mesir purba percaya bahawa bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untk menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan paru-paru, untuk mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada kanak-kanak.
Bawang putih mentah mengandungi asid amino dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia juga mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit lemak. Selain itu ia juga mengandungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium.
Minyak bawang putih dijual dalam kapsul di pasaran. Setiap kapsul mengandungi minyak yang diproses daripada bawang putih. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan.

Ikan paus biru

Ikan paus biru (Balaenoptera Musculus) adalah haiwan yang mempunyai suara yang paling nyaring. Suara ikan paus ini lebih besar daripada motosikal Harley Davidson, konsert rock dan ledakan bom. Menurut kajian suaranya sekitar 188 desibel. Ia juga mendapat gelaran haiwan terbesar di bumi.

Burung Unta

Burung unta boleh mencapai ketinggian 2.5 meter dan memiliki badan seberat 180 kilogram.

Selain saiz badannya yang besar, burung unta juga memiliki daya tahan yang luar biasa. Burung ini juga terus hidup pada suhu 40 darjah celsius hingga 0 darjah celsius.

Umurnya juga panjang iaitu boleh mencapai usia sekitar 50 tahun.

Burung unta berlari dengan amat pantas iaitu sehingga 50 kilometer sejam.


Manggis ratu segala buah.


  • Nama saintifik bagi manggis ialah Garcinia Mangostana. Nama lain bagi buah ini ialah mangosteen, mangostan (Perancis), mangustan dan ia berasal dari famili Clusiaceae.
  • Manggis ialah sejenis buah-buahan tropika yang berasal dari Malaysia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga lapan meter. Ia merupakan sejenis pokok rendang dengan ranting yang banyak dan daun yang besar. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
  • Bahagian dalam batang mengandungi resin yang berwarna kuning pekat. Daunnya berbentuk ringkas dengan tangkai daun sepanjang 1-2 sm. Bunganya mempunyai empat kelopak dan lazimnya berwarna merah jambu pucat. Kulit buahnya berwarna hijau kekuningan ketika muda dan berubah menjadi ungu apabila masak. Buahnya berwarna putih dan rasanya manis.
  • Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan Melayu tradisional untuk mengubat cirit-birit. caranya ialah kulitnya diasah pada pasu dan airnya diminum. Air rebusan akar manggis juga digunakan untuk melancarkan haid. Getahnya digunakan melegakan sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya jika diambil dalam sukatan yang banyak.

Monday, January 26, 2009

Fakta tentang buah ceri


Buah ceri mengandungi 'an-thocyanin' iaitu pigmen warna merah yang baik untuk kesihatan. Ia memiliki efek dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit.
Bagaimanapun ceri tidak boleh diolah dengan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan 'anthocyanin' di dalamnya.
  • ceri kaya dengan antioksida. Ia membantu mencegah atau memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas.

  • Ceri kaya dengan 'flavonoid'. Penyelidik mendapat 'flavonoid' yang membantu melegakan dan menghalang 'artritis' dan gaout. Ia juga membantu menyingkirkan migrain.
  • Ceri mengandungi 'melatonin' yang membantu kita tidur dengan nyenyak.

UMNO perlu perubahan radikal

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu yang mana keputusan memihak kepada pihak pembangkang (PAS) dengan majoriti 2,631 merupakan kekalahan kali kedua dalam pilihan raya kecil selepas Permatang Pauh Ogos 2008 yang lalu. Ini jelas menunjukkan bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO (BN) semakin kurang.
Dahulu sebut sahaja pilihan raya, yang pasti parti pembangkang akan berasa gementar tetapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kemenangan BN pada pilihanraya umum yang lalu terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah tetapi BN telah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan apa yang jelas pembangkang menguasai lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Persoalannya adakah pilihan raya umum yang lalu belum cukup memberi petunjuk?
Orang UMNO sering melaungkan yang rakyat Terengganu sudah bosan dengan PAS sejak parti itu memerintah Terengganu selama satu penggal mulai 1999 hingga 2004 namun apa yang pasti sokongan terhadap PAS semakin meningkat. Jadi apakah orang UMNO masih lagi mengaku yang UMNO masih lagi kuat dan belum lagi tergugat?
Dalam usaha untuk memperbaiki orang-orang UMNO dan BN yang disegani dan dipercayai oleh rakyat, perubahan sikap di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli parti amatlah penting.
UMNO perlu satu barisan yang benar-benar segar dan dihormati, dinamik dan popular bukan sahaja dalam UMNO malah juga di kalangan luar. Wakil-wakil rakyat UMNO juga janganlah bersikap angkuh dengan rakyat. Mereka mesti keluar dan berjumpa dengan rakyat di peringkat akar umbi serta mempunyai sistem sokongan dan mampu memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat. Mereka perlu sensitif dengan masalah dan peka dengan suara rakyat. Harapan agar perubahan yang radikal akan berlaku dan akan mengubah sikap orang-orang UMNO dan seterusnya akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Sunday, January 25, 2009

Benitez lantang, Ferguson tenang

Jika disingkap semula sejarah United dan Liverpool sering bermusuhan sejak dari zaman industri lagi apabila kedua-dua bandar Liverpool dan Manchester sering mendabik dada tentang kelebihan bandar masing-masing.

Fakta menarik permusuhan Manchester United - Liverpool :-

  • Permusuhan antara dua kelab ini memuncak pada tahun 1964 apabila Paul Chisnall berpindah dari United ke Liverpool.
  • Sejak perpindahan Chisnall tiada pemain United ke Liverpool dan pemain Liverpool ke United.
  • Ada beberapa pemain yang bermain untuk kedua-dua kelab tersebut dengan syarat pemain itu perlu bermain di kelab lain terlebih dahulu sebelum mewakili United atau Liverpool.
  • Paul Ince bermain untuk Inter Milan dahulu selepas keluar dari United sebelum bermain untuk Liverpool.
  • Pemain pertahanan United Gabriel Heinze tidak dijual kepada musuhnya walaupun Liverpool ingin membeli pemain tersebut.

  • Liverpool tidak pernah menang (kempunan) English Premier League (EPL) sejak 18 tahun lepas cuma menang dalam Big League Soccer sahaja.

  • Liverpool cuma boleh merasa kedudukannya di atas untuk beberapa minggu sahaja dan ianya cuma angan-angan sahaja untuk merampas tahta EPL.

*Peminat-peminat Liverpool, renung-renungkan lah...

Israel sah guna bom kimia

  • Israel tolak permintaan antarabangsa untuk membuka sepenuhnya sempadan di Genting Gaza bagi memudahkan bantuan disalurkan.

  • Pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International mengesahkan bahawa terdapat bukti tentera rejim Zionis Israel menggunakan fosforus putih semasa menyerang Genting Gaza.

  • Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Genting Gaza.

* Harapan agar rejim Yahudi itu dikenakan hukuman yang setimpal.

* Apa yang menghairankan Palestin dilarang membeli senjata manakala tentera rejim Zionis tidak dihalang daripada mendapatkan senjata. Apakah motif di sebaliknya?

Kharafi nafi beli Liverpool

Sebuah kumpulan perniagaan berpengkalan di Kuwait, Kharafi, menafikan laporan mahu membeli Liverpool.
Timbalan Presiden Kumpulan Kharafi, Loay Al-Kharafi menafikan sebarang perbincangan mengambil alih kelab England tersebut dan menyifatkan laporan itu tidak betul.
Akhbar-akhbar Britian melaporkan bahawa terdapat beberapa orang pegawai Liverpool telah mengadakan rundingan minggi ini bersana haartaawaan pembinaan dan restoran, Nasser Al-Kharafi bagi membeli kelab ternama tersebut.

Saturday, January 24, 2009

Liverpool Untuk Dijual.

Sudut Sukan dalam Utusan Sarawak 24 Januari 2009 :-
  • Tom Hicks pemilik bersama Kelab Liverpool sedang berbincang dengan jutawan Kuwait.

  • Keluarga Al Kharafi jutawan 48 terkaya di dunia dari Timur Tengah membuat tawaran bernilai 600 juta pound untuk mendapatkan Kelab Liga Perdana Inggeris itu.

  • Pemilik bersama Kelab Liverpool Hicks dan George Giller (saham 50-50) bersetuju menjual kelab tersebut.

  • Perbincangan Liverpool dengan Al Kharafi bermula apabila Pengarah Kewangan Liverpool, Philip Nash, rakan rapat Hicks berkunjung ke Kuwait awal minggu ini.

* Apa cerita sebenarnya di sebalik penjualan kelab tersebut, sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti..

Sarikei sah milik BN

Mahkamah Persekutuan semalam menolak dengan kos rayuan calon DAP Dr Wong Hua Seh mencabar keputusan petisyen bagi kerusi Parlimen Sarikei yang dimenangi oleh Din Kuong Hiing daripada Barisan Nasional.
Mahkamah bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Ian Chin bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang Ding daripada (SUPP) atau ejennya telah melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 semasa Pilihan raya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.
ia mendapati bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang janji oleh calon Barisan Nasional (BN) itu untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman di Bintangor merupakan satu kesalahan sebaliknya ianya janji untuk pembangunan yang dibenarkan dalam kempen.
Dalam pilihanraya lalu, Ding menang dengan majoriti 53 undi.

Dr Soon letak jawatan

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Dudong, Datuk Soon Choon Teck membuat keputusan muktamad untuk meletak jawatan sebagai Naib Setiausaha Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu berkuatkuasa 23 Januari 2009 dan surat peletakan telah dihantar kepada Setiausaha Agung SUPP Alfred Yap.
Walaubagaimanapun beliau tetap memegang jawatan sebagai Jawatankuasa Kerja PUsat (CWC). Soon yang juga merupakan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam menjelaskan, beliau tidak dapat memberi komitmen penuh terhadap jawatan terbabit.
Menurut beliau, ketika mula menubuhkan SUPP Cawangan Dudong dua tahun lepas, beliau menerima pelbagai ktitikan dan tohmahan. Beliau juga amat kecewa dengan kemelut yang menimpa sepanjang penubuhan cawangan Dudong. Beliau sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pemimpin tertinggi parti terhadap keputusan peletakan jawatannya. Dr. Soon telah menjadi ADUN Dudong semenjak tahun 1996.

Friday, January 23, 2009

PBB siasat penggunaan peluru uranium

Badan pengawasan nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyiasat dakwaan sekumpulan duta negara-negara Arab bahawa Israel telah menggunakan peluru diperbuat daripada uranium yang dikurang (DU) dalam serangan ke atas Genting Gaza.

Depleted Uranium (DU) :
  • Ia merupakan produk sampingan daripada proses mengayakan uranium yang diguna untuk membuat peluru.

  • Ketumpatan yang tinggi dan ciri-ciri fizikal yang lain membolehkan ia mampu menembusi kereta kebal dan perisai dengan lebih mudah.

  • Penggunaan peluru DU juga dilaporkan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti masalah kesihatan kepada orang awam selain kawasan kediaman dan bekalan air dicemari toksik dan beracun.

Thursday, January 22, 2009

Barack Obama Presiden AS

Barack Obama merupakan Presiden AS ke-44 (20.01.2009) dan merupakan presiden kulit hitam pertama AS lalu menutup lembaran permerintahan Bush, mengesa rakyat Amerika bersatu untuk menamatkan krisis ekonomi terburuk dan memperbaiki imej AS di seberang laut.
Harapan bahawa Obama dapat memperbaiki hubungan AS dengan negara-negara lain meningkat menjelang pemerintahannya.
Obama (Parti Demokrat) mewarisi ekonomi terburuk dalam era pasca Perang Dunia Kedua iaitu tempoh lapan tahun pemerintahan George W. Bush (Parti Republikan) di mana ekonomi terbesar di dunia itu sedang menghadapi kemelesetan serius.

Wednesday, January 21, 2009

Perang di Genting Gaza

  • 19 Disember 2008 - Gencatan senjata tamat.
  • 24 Disember 2008 - Pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.
  • 27 Disember 2008 - Israel melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza menyebabkan lebih 229 rakyat Palestin terbunuh.
  • 28 Disember 2008 - Pesawat pejuang Israel membedil Universiti Islami dan terowong penyeludupan di Genting Gaza.
  • 31 Disember 2008 - Sesi persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Arab membincangkan resolusi gencatab senjata ditangguhkan.
  • 01 Januari 2009 - serangan tentera udara Israel membunuh pemimpin Hamas, Nizar Rayyan.
  • 03 Januari 2009 - Israel melancarkan serangan tentera darat ke atas Genting Gaza dengan menghantar pasukan tentera darat dan kereta kebal.
  • 05 Januari 2009 - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengadakan lawatan misi keamanan dan Presiden George W Bush menyeru supaya gencatan senjata diadakan.
  • 06 Januari 2009 - Tentera Israel membedil sekolah PBB menyebabkan 42 rakyat rakyat Palestin terbunuh.
  • 09 Januari 2009 - Presiden Israel, Ehud Olmert menolak resolusi PBB.
  • 11 januari 2009 - Tentera Israel memasuki kawasan yang ramai penduduk di Genting Gaza.
  • 17 Januari 2009 - Israel mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak tetapi Hamas memberitahu peperangan akan berterusan.
  • 18 Januari 2009 - Hamas mengisytiharkan gencatan senjata di Genting Gaza.
  • 19 Januari 2009 - Tentera Israel secara berperingkat keluar dari Gaza.

Tuesday, January 20, 2009

Majlis Jamuan Mesra

Majlis Jamuan Mesra bersama YB Tuan Haji Hamden Haji Ahmad Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia Sarawak telah didakan di Dewan Santapan Sri Nyelong pada 18.01.2009 jam 8.15 malam. Majlis itu dianjurkan AJK Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei (DSGKSS). Tujuan majlis itu diadakan bertujuan untuk YB bertemu dengan ahli-ahli ranting PBB N35 Belawai, Wanita, Pemuda Sarikei, Sarikei 2 dan Kampung Seberang Sarikei selain bertemu dengan Ketua-ketua Masyarakat dan pemimpin-pemimpin setempat.
Pengerusi Pengelola Kr Dyg Raoyah Abg Adeng memberi sepatah dua kata mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat dan tetamu yang hadir pada malam tersebut.
YB Tuan Haji Hamden Haji Ahmad berjabat tangan dan bertanya khabar kepada para tetamu dan Kaunselar (KR) yang hadir dan diiringi oleh Kr Dyg Raoyah Abg Adeng.

Antara penerima skim sumbangan galakan berjabat tangan dengan YB.

YB Tuan Haji Hamden Haji Ahmad berucap pada majlis tersebut, antara lain beliau menyentuh agar masyarakat setempat berjimat cermat apabila berbelanja disebabkan ekonomi global yang sedang mengalami krisis kemelesetan. Selain itu sumbangan galakan berbentuk wang tunai yang diterima oleh pelajar-pelajar malam tersebut adalah bagi mengalakkan supaya anak-anak kita belajar bersungguh-sungguh. Skim sumbangan galakan diwujudkan di kawasan N35 Belawai adalah inisiatif YB untuk meringankan beban melanjutkan anak-anak meneruskan pengajian mereka.

YB dan tetamu menikmati jamuan yang disediakan.

Monday, January 19, 2009

Sesi berposing Badjuri, Aziz, Jai, Napi, Latif, Mail



Antara tetamu yang hadir


YB berpoco-poco ngan sidak pemuda dan wanita


YB Tuan Haji Hamden nyampei sumbangan galakan ngan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR


Tetamu menikmati hidangan


YB Tuan Haji Hamden berkaraoke dan menyumbangkan beberapa buah lagu. Mun suara urang alang-alang eboh jak melawan YB tuk.



Pegawai Menguasa KPSU Sarikei Badjuri Bidin sik maok kalah juak kenak YB Hamden, nya pun maok juak berkaraoke.


Ketua Pemuda Ranting Sarikei 2 Hassan Tarhim macam ya juak, nangga YB berlagu, nya pun gohet juak.


Antara pengacara majlis dan krew Jabatan Penerangan turut memeriahkan majlis malam tadik.

Nak berdiri ya Umar, Zul dan Idham

Sunday, January 18, 2009

Keputusan Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu

  1. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN)........30,252
  2. Mohd Abdul Wahid Endut (PAS).......................32,883
  3. Azharudin Mamat@Adam................................. 193

Jumlah Pengundi berdaftar................................80,229

Jumlah mengundi..............................................63,993

Peratus..............................................................79.9%

Undi rosak.......................................................... 665

Majoriti................................................................2,631

Penyandang : Datuk Razali bin Ismail (BN)

Undi diperolehi: 32,562

Majoriti : 628

Friday, January 16, 2009

Perkembangan konflik Genting Gaza hari ke-20

  • Tiga kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cedera apabila ibu pejabat Agensi Bantuan dan Perkhidmatan PBB (UNRWA) bagi pelarian Palestian dibedil oleh tentera Israel dengan peluru meriam mengandungi fosforus putih menyebabkan bangunan itu terbakar.
  • Seorang wartawan televisyen Abu Dhabi cedera apabila satu peluru berpandu Israel mengenai tingkat 13 bangunan AL-Shurouq Tower yang menempatkan beberapa pertubuhan media tempatan dan asing di Gaza City.
  • Serangan Israel menyebabkan kemusnahan infrastruktur bernilai sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion (RM4.9 bilion) di Gaza.
  • PBB akan memperuntukkan AS$7 juta (RM24.5 juta) daripada dana kecemasan untuk membantu menyediakan bekalan makanan dan air bersih di GAZA.
  • Sekurang-kurangnya 1,054 penduduk Palestin terkorban termasuk 355 kanak-kanak dan 100 wanita manakala lebih 4,870 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel yang masuk hari ke-20.
  • Pemimpin Hams, Ismail Haniyah beri tiga syarat jelas dan mudah untuk gencatan senjata baru dengan Israel termasuk menarik balik sekatan ekonomi Genting Gaza seperti NERAKA DUNIA.
  • Pertubuhan hak asasi manusia Palestin desak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague lancar siasatan ke atas Israel atas tuduhan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan.

Apakah tindakan dunia untuk menyelamatkan bumi Palestin dari terus bermandi darah? Di manakah keadilan Amerika Syarikat yang mengelar dirinya sebagai POLIS DUNIA, sekutu kuat Yahudi? Hari demi hari bumi Palestin terus dibedil dengan peluru berpandu dan meriam oleh rejim Zionis, kanak-kanak yang belum mengenal erti hidup terus dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Israel yang tidak mengenal mangsa.

Rejim Zionis adalah binatang atau haiwan yang tidak berhati perut sepatutnya dihapuskan di muka bumi ini.

Jika Saddam Hussein dihukum gantung sampai mati kerana dituduh membunuh 168 orang rakyatnya, apakah pula bentuk hukuman yang paling wajar dikenakan ke atas seluruh KABINET ISRAEL yang telah membenarkan tenteranya MEMBUNUH lebih 1,000 rakyat Palestin yang tidak berdosa dalam tempoh tidak sampai sebulan? Persoalannya mampukah dunia menghukum rejim ini?

Thursday, January 15, 2009

Harga minyak kekal

Harga petrol dan diesel tidak akan turun buat masa ini walaupun harga minyak mentah mengalami penurunan di pasaran dunia. Menurut kata Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad purata sehingga semalam masih di atas AS$43.2 setong.
Sekiranya harga minyak di pasaran dunia terus turun dalam tempoh dua tiga hari lagi di bawah AS$30 atau AS$35 setong mungkin penurunan minyak sebanyak dua sen atau lima sen boleh dipertimbangkan.
Berkuatkuasa 15 Disember 2008 lepas, harga petrol RON97 turun kepada RM1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing RM1.70 seliter.

Mee Sua

Kamek nak cerita sikit gambar tuk. Sekali tangga macam tali pun ada, macam benang sutera pun ada. Mun kitak urang nak tauk ya namanya Mee Sua.
Sebenarnya mee tuk di polah dari campuran tepong. Selepas ya di masuknya dalam sebatang kayu lalu ditarit sampeinya panjang.

Kak ya dijemur bila hari panas. Menurut kata tokey empunya mee, bila dah kering sikit baruk lah dibuat(angkat) dan digolong kay jual @ dimakan. Menurut katanya lagik, mun nak makan campur ngan sup baruk nyaman.

Mee Sua tuk dah lamak beroperasi di Jalan Century Sarikei (sekitar awal 80an) berdepan dengan Dewan Masyarakat. Selalunya mee ya dijemur sebelah pagi sekitar jam 8-11 pagi.