Thursday, October 22, 2009

Tian Chua dihukum penjara cederakan anggota polis

Terkini

22/10/2009 2:50pm

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan anggota polis dua tahun lalu.

Majistret Mohd. Faizi Che Abu menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tian Chua mungkin kehilangan jawatan sebagai ahli parlimen memandangkan dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya.

Peguam bela yang mewakili tertuduh itu, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad bagaimanapun memohon penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi. - Utusan

Jaringan Valencia berikan United tiga mata

Terkini

22/10/2009 3:01am

MOSCOW, 22 Okt - Jaringan minit-minit akhir pemain sayap, Antonio Valencia memberikan kemenangan tipis 1-0 buat Manchester United mengalahkan CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah Kumpulan B awal pagi tadi.

Valencua merembat masuk dari sudut sukar selepas menerima hantaran ke belakang Dimitar Berbatov empat minit sebelum perlawanan tamat sekali gus memberikan kemenangan ketiga dari tiga perlawanan peringkat kumpulan. - REUTERS

Wednesday, October 21, 2009

Liga Juara-juara - Sentuhan Kecundang

Keputusan perlawanan Liga Juara-juara telah menghampakan jutaan peminat-peminat Liverpool terutamanya mereka mereka yang melayari laman blog ini.
Gol minit-minit akhir (90minit) jaringan jaringan C.Delgado telah memusnahkan impian Liverpool untuk mencipta kemenangan di tempat sendiri. Liverpool mendahului dengan bergaya hasil jaringan Benayon anak YAHUDI pada minit 41". Keangkuhan Liverpool dibalas dengan bangganya oleh M.Gonalans pada minit 71" dan kemusnahan serta kehampaan muncul pada minit-minit akhir perlawanan apabila C.Delgado dengan gayanya telah memusnahkan impian pemain Liverpool yang berakhir dengan 2-1.
Bagi peminat-peminat yang menyaksikan siaran secara langsung awal pagi tadi melalui media elektronik begitu hampa dan ada yang merasa tidak berbaloi menyaksikan pasukan kesayangan mereka kalah.
Tidak hairanlah ramai peminat-peminat Liverpool lesu nak turun kerja pada pagi ini. Ada yang marah tidak tentu pasal. Yang mengajar (guru), murid yang menjadi mangsa. Nasihat daripada saya "EMBAK SABAR POK".
Begitulah adat permainan,ada yang kalah dan ada yang kalah lagi (kalah tiga kali berturut-turut dalam EPL dan ditimpa tangga lagi dalam Champions League).

Team nok jaik ya pun sik terkalah, kirum salam ajak ngan Benitez.

Saturday, October 17, 2009

EGM MCA baru tetapkan sama ada sokong presiden atau bubar CC

Terkini

16/10/2009 8:48pm

KUALA LUMPUR 16 Okt — Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA akan datang bakal menentukan sama ada sokongan akan terus diberikan kepada presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat, atau untuk membubarkan jawatankuasa pusat parti (CC), kata setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng.

Beliau berkata 2,380 perwakilan pusat akan diminta memuktamadkan pilihan mereka.

"EGM baru ini akan hanya ada satu resolusi, iaitu sama ada untuk membubarkan jawatankuasa pusat, atau mengesahkan kepimpinan sedia ada,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ibu pejabat MCA sedang bekerja keras untuk melaksanakan EGM itu secepat mungkin.

Wong berkata beliau tidak menetapkan tarikh untuk EGM akan datang dan sedang berbincang dengan ketua biro undang-undang parti Datuk Leong Tang Chong untuk melihat EGM yang dipanggil Ong itu dari sudut perundangan.

Katanya beliau mencadangkan supaya EGM diadakan serentak dengan mesyuarat agung tahunan (AGM).

AGM dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober lepas, tapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada EGM 10 Oktober lalu, yang menyaksikan dua usul diluluskan iaitu undi tidak percaya terhadap kepimpinan presiden parti dan membatalkan penggantungan keanggotaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dan pada masa yang sama menolak usul ketiga untuk mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai timbalan presiden.

Pada mesyuarat CC semalam, Ong tidak meletak jawatannya walaupun menerima banyak desakan, manakala naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dilantik sebagai naib presiden.

Ong yang tidak menemui wartawan selepas mesyuarat itu sebaliknya mengumumkan menerusi blognya, bahawa beliau menggunakan keistimewaan sebagai presiden untuk memanggil EGM, dengan mengatakan bahawa hasil EGM 10 Oktober tidak konklusif dan mengatakan bahawa peringkat akar umbi kelihatan berbelah bahagi.

Pada EGM lepas yang dihadiri 2,307 perwakilan pusat, resolusi undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ong diluluskan apabila ia memperolehi kelebihan hanya 14 undi.

Wong mengesahkan bahawa lebih 20 anggota CC menandatangani satu surat yang menuntut supaya Ong melepaskan jawatannya, sebelum mesyuarat CC semalam.

"Bagaimanapun mereka tidak membawa surat itu pada mesyuarat CC,” katanya.

Sementara itu bekas naib presiden Datuk Seri Fong Chan Onn yang merupakan seorang perwakilan pusat berkata, beliau menyokong langkah Ong untuk mengadakan EGM itu “untuk membebaskan parti dan anggotanya daripada kesengsaraan yang sedang dihadapi”. Katanya cara paling pantas untuk menyelesaikan krisis ini adalah untuk mengadakan pemilihan parti yang baru, bagi memilih kumpulan pemimpin pusat baru yang memiliki mandat dari anggota.

Beliau berkata barisan para perwakilan dilihat sudah hilang kepercayaan terhadap barisan CC semasa berdasarkan kepada keputusan EGM baru-baru ini.

Semalam Liow berkata majoriti CC tidak bersetuju untuk mengadakan EGM baru dan meminta presiden menghormati kehendak perwakilan pada 10 Okt lepas.

— BERNAMA

Cuepacs tuntut 2 bulan bonus

ARKIB : 16/10/2009

Terkini

16/10/2009 8:45pm

KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.

Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.

Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari ini.

Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.

"Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.

— BERNAMA

Sunday, October 11, 2009

BN kekalkan kerusi DUN Bagan Pinang

Terkini
11/10/2009 8:18pm

BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. - Bernama

Monday, October 5, 2009

Keputusan Liga Perdana England

Terkini
05/10/2009 2:47am

LONDON 5 Okt. - Keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana England yang berlangsung tengah malam dan awal pagi ini.

Arsenal 6, Blackburn Rovers 2

Chelsea 2, Liverpool 0

Everton 1, Stoke City 1

West Ham 2, Fulham 2

- Reuters