Pada 28-30 November 2008 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Badminton Tertutup Bumiputera Bahagian Sarikei anjuran Persatuan Badminton Bumiputera Bahagian Sarikei (PBBBS) yang mana telah berlangung di Dewan Masyarakat Sarikei dan disertai oleh 25 pasukan (bergu/double).
Tujuan pertandingan itu diadakan untuk menggalakkan para belia dan masyarakat setempat menceburkan diri dalam sukan dan di samping itu juga mengeratkan silaturahim di kalangan belia dan orang ramai.
Johan pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pasangan Abdul Rahman Wahid dan Abdul Rahim Jamain. Mereka muncul juara setelah menewaskan pasangan Redzuan Chui dan Iskandar Ahmad pada perlawanan akhir.
Selaku Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi PBBBS ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dan bagi yang kurang bernasib baik bukan bermakna melemahkan semangat untuk berjuang.
Pada bulan Februari 2008 PBBBS sekali lagi akan menganjur Pertandingan Badminton Terbuka Bumiputera dan Veteran Sarikei. Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi di talian 0194595021.
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment