Monday, December 8, 2008

TYT Hadir Majlis Jamuan Sempena Pesta Nanas

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Norkiah telah menghadiri Majlis Makan Malam Komuniti Bersama TYT Yang Dipertua Negeri di Dewan Santapan, Sri Nyelong pada 06 Disember 2008 jam 7.45 malam.
Antara yang hadir Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis, Hajjah Norah Tun Abdul Rahman, Menteri Muda Industri Makanan, Datuk David Teng Lung Chi, Residen Bahagian Sarikei Encik Michael Dawie, Pegawai Daerah Sarikei Abang Mohd. Porkan Bin Abang Budiman, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Ketua-ketua Masyarakat turut sama hadir dalam majlis tersebut.
Selepas jamuan, Tun Salahuddin dan tetamu kenamaan serta hadirin berangkat ke tapak pesta untuk menyaksikan persembahan Pentas Nanas.

No comments:

Post a Comment