Acara laga lembu yang disertai Michelito ini hampir-hampir dibatalkan selepas kumpulan antilaga lembu dan perlindungan kanak-kanak membuat protes. Malah Datuk Bandar Merida sendiri menggantung cubaan Michelito untuk mencipta Rekod Guinness dengan alasan pertandingan berisiko tinggi seperti ini tidak boleh disertai oleh mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.
Namun nasib menyebelahi Michelito apabila pejabat pendakwa raya berjaya menolak arahan ini selepas ayah Michelito yang juga bekas matador membuat rayuan. Aksi berani Michelito ini disaksikan oleh lebih 3,500 penonton yang sebahagian besarnya merupakan golongan kanak-kanak.Nama Michelito sememangnya sudah popular dalam acara laga lembu di seluruh dunia. Dia mula menyertai acara ini ketika usianya baru mencecat empat tahun. Michelito berjaya membunuh lembu pertamanya kira-kira dua tahun selepas itu. Semenjak itu dia mula aktif dalam acara laga lembu di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment