Sushi ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh disajikan secara mentah, dimasak atau diperam. Asal usul sushi tidak diketahui tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi.
Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di Bandar Edo pada 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.
Penyeliaan sushi memerlukan beberapa perkakas dapur yang penting seperti pisau yang tajam, batang penyepit (sai bashi), kain (fukin) dan beberapa peralatan khas seperti mangkuk kayu (hangiri), sudu nasi yang leper (shamoji), tikar gulung (makisu) dan kotak rekan sushi (oshibako).
Ramuan penting termasuklah nasi jenis Jepun (kome), rumapair laut kering (nori), wasabi, kicap (sh'yu), halia peram (gari), cuka nasi (su), sake, mirin dan lobak putih (daikon). Sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa dimasukkan. kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya beza dari segi penyediaan.
Antara Sushi yang popular ialah Nigiri-sushi, Temaki-sushi, Oshi-sushi, Chirasi-sushi dan Temari-sushi. Kebanyakan kedai makanan Jepun yang menghidangkan sushi tidak menyediakan menu untuk pelanggan.
Jika dibandingkan dengan struktur menu yang biasa ditemui, hidangan Jepun tidak mempunyai susunan hidangan yang khas. Sushi boleh dimakan dengan tangan bagi mereka yang kurang selesa dengan batang penyepit.
Di restoren Jepun, pelanggan yang ingin menjamu dengan tangan diberi tuala basah sebelum hidangan. Mengikut pantang larang di meja makan Jepun, dilarang menyambut makanan dengan penyepit yang diberi oleh orang yang juga menggunakan penyepit kerana ini dianggap membawa malang.
No comments:
Post a Comment