Wang polimer RM50 kenang-kenangan merupakan wang polimer yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (1998). Wang ini merupakan cenderamata yang akan mengingati dunia bahawa Malaysia adalah destinasi sukan bertaraf dunia. Ianya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad.

Belakang : Reka bentuk bahagian belakang mempamerkan Stadium Utama Bukit Jalil di tengah-tengah. Logo Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur '98 kelihatan di sebelah kiri wang berkenaan.
Keterangan Ringkas Tentang Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur '98.
Kuala Lumpur merupakan bandar raya pertama di Asia yang menganjurkan Sukan Komanwel. Acara yang gilang gemilang ini menghimpunkan 6,000 atlit dan pegawai sukan dari 69 buah negara Komanwel.
Sukan ini telah berlangsung dari 11-21 September 1998 di 26 tempat pertandingan sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi.
Buat pertama kali dalam sejarah Sukan Komanwel, acara berpasukan seperti bola jaring, kriket, ragbi dan hoki (lelaki dan wanita) diperkenalkan. Acara-acaraa ini ialah tambahan kepada 11 acara sukan yang lain iaitu olahraga, badminton, tinju, lumba basikal, jimnastik, boling padang, menembak, skuasy, renang, tenpin boling dan angkat berat.
Bersempena dengan 1998 sebagai Tahun Sukan dan Rekreasi, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Sukan ini sebagai satu Acara Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment