Wednesday, February 4, 2009

Jamaluddin, Mohd. Osman bukan lagi wakil rakyat

IPOH 3 Feb. - Kerajaan Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, dengan itu kedua-duanya dilucutkan daripada jawatan Exco dan tidak perlu hadir mesyuarat yang akan datang.
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan ADUN pakatan pembangkang di kediamannya lewat malam ini, beliau memberitahu kerajaan negeri tetap berpegang dengan pendirian bahawa Jamaluddin dan Mohd. Osman sudah meletak jawatan.
''Mesyuarat exco kerajaan negeri akan datang mereka tidak perlu datang. Malah sidang DUN juga mereka tidak perlu hadir sebab mereka sudah letak jawatan," katanya.
Kesemua ADUN Pas, DAP dan PKR di negeri ini kecuali ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN,
Ho Yit Foong, hadir.
Keputusan 'menolak' Jamaluddin dan Mohd. Osman menjadikan kedudukan kerajaan negeri pakatan pembangkang semakin goyah dengan hanya menguasai 30 kerusi DUN berbanding 27 yang dimiliki Barisan Nasional (BN).

2 comments:

  1. Helo den

    Kita cadangkan pilihanraya kecil baru cun. Ini lompat katak tidak baik . Sudah dia mati katak barulah dia tahu !!! ha...ha...hee..

    ReplyDelete