Terkini
05/02/2009 12:02pm
IPOH 5 Feb. – Sultan Perak sudah disembah maklum mengenai majoriti mudah yang diperoleh Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.
Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN termasuk dari Bota yang kembali kepada parti itu serta tiga yang meninggalkan parti masing-masing menjadi ADUN Bebas telah memberi pengakuan menyokong kerajaan BN.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Perak menitahkan semua ADUN yang menyokong menghadap dan majlis menghadap sudahpun diatur susun dan diterima menghadap.
``Dengan ini terserahlah kepada Sultan Perak membuat keputusan selepas ini.
``Tuanku akan buat keputusan secepat mungkin. Kita akan maklumkan sebab ada proses yang perlu diikuti.
``Jadi sebelum MB baru boleh angkat sumpah, Tuanku perlu membuat keputusan sama ada membubarkan DUN atau meminta MB sekarang meletak jawatan,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO di sini hari ini.
Ditanya reaksi sekiranya keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak tidak memihak kepada BN, Najib menjawab: ``Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’ – Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment