Tuesday, February 3, 2009

Kronologi ADUN Behrang & ADUN Changkat Jering, Perak

  • 8 Mac 2008 - Mohd Osman Jailu yang bertanding di DUN Changkat Jering atas tiket PKR mendapat sebanyak 9,411 undi mengalahkan Mat Isa Ismail (BN) dengan majoriti 1,102 undi.
  • 8 Mac 2008 - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) yang bertanding di DUN Behrang menang dengan majoriti 1,027 undi menewaskan M. Ramasamy (BN) apabila hanya menerima 5,744 undi.
  • 1 April 2008 - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar mengumumkan perlantikan Mohd Osman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan. Manakala Jamaluddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
  • 20 Ogos 2008 - Mohd Osman dan Jamaluddin ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.
  • 20 Ogos 2008 - Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari terhadap Mohd Osman.
  • 21 Ogos 2008 - Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap Jamaluddin.
  • 25 Ogos 2008 - Mohd Osman dan Jamaluddin menfailkan saman malu RM100 juta terhadap akhbar The Star dan BPR
  • 25 Ogos 2008 - Mhod Osman dan Jamaluddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan meminta dan menerima rasuah untuk mempercepatkan kelulusan permohonan bagi membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
  • 15 September 2008 - Mahkamah Sesyen Ipoh menetapkan perbicaraan selama tiga hari pada 10, 11, 12 Februari 2009 selepas tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan semasa sebutan semula kes itu dibuat.
  • 22 Januari 2009 - Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak terakhir dihadiri oleh Mohd Osman dan Jamaluddin.
  • 26 Januari 2009 - Mohd Osman dan Jamaluddin mula menghilangkan diri.
  • 1 Februari 2009 - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin dalam satu sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat tergempar bermula kira-kira pukul 9 pagi di kediamannya di Ipoh, mengumumkan kehilangan kedua-dua ahli Exco kerajaan negeri itu.
  • 1 Februari 2009 - Kenyataan oleh Pejabat Yang di Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang diterima pada sebelah malam mengatakan Mohd Osman dan Jamaluddin meletak jawatan.

No comments:

Post a Comment