Tuesday, February 3, 2009

Jamaluddin, Osman nafi letak jawatan


Tidak sampai tiga jam selepas YDP Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar mengumumkan perletakan jawatan dua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten(B) Mohd. Osman Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, kedua-duanya tampil menafikan berbuat demikian.
Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten(B) Mohd. Osman Jailu sebaliknya mendakwa surat perletakan jawatan yang diumumkan oleh Sivakumar adalah surat tanpa tarikh yang telah ditandatangani pada 8 Mac 2008 selepas menang Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Jamaluddin merupakan ADUN Behrang dan Mohd Osman, lima lagi ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut dipaksa menandatangani surat pengosongan jawatan yang disediakan oleh Pejabat Perhubungan PKR negeri.
beliau menafikan meletak jawatan sebagai ADUN Behrang. surat perletakan jawatan yang didakwa dihantar oleh beliau sebenarnya adalah surat tidak bertarikh yang ditandatangani pada Mac tahun lepas secara paksa.
Sementara itu, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman memberitahu, surat perletakan jawatan itu tidak sah kerana ia ditandatangi secara paksa dan dibuat paada Mac tahun lepas. Beliau dan Jamaluddin akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.
Sivakumar dalam kenyataannya kepada media memberitahu Jamaluddin dan Mohd Osman menyerahkan surat perletakan jawatan mereka di rumahnya pada 5.45 petang dua hari lepas.
Berikutan perletakan jawatan itu, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

No comments:

Post a Comment