Monday, February 2, 2009

SUPP dijangka buat perubahan besar.

Sim Kheng Hui

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dijangka akan membuat perubahan segera jika perlu tanpa menunggu tempoh tiga tahun untuk mengadakan mesyuarat delegasi khas bagi memilih pemimpin baru.
Setiausaha Agung SUPP Senator Datuk Sim Kheng Hui menyatakan perubahan itu akan memberi peluang kepada generasi muda bersiap sedia mengambil alih kepimpinan sejajar dengan perubahan polisi negara ini.
Perubahan ini akan membabitkan Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kerja Pusat dan pelbagai cawangan. Ini merupakan langkah yang penting bagi persediaan menghadapi cabaran politik, pendidikan dan isu-isu lain.
Justeru itu, Naib Presiden Parti yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng menambah sebagai persiapan pilihan raya akan datang semua ahli harus menggunakan pendekatan baru bagi menarik perhatian rakyat terutama generasi muda dan penulis blog.
Ahli-ahli parti perlu turun ke peringkat akar umbi untuk mengetahui dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

No comments:

Post a Comment