Friday, January 30, 2009
Pendaftaran pengundi secara online
Rumput Kuda
Di Malaysia, jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.
Rumput ini juga boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% protein kasar dan sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur.
Ia tahan pada kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Bagaimanapun rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung.
Kebiasaannya rumput pastura dari jenis ini boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi untuk diberikan kepada ternakan seperti kambing. ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan menghasilkan daging dan susu.
Thursday, January 29, 2009
Michelito matador termuda dunia
Acara laga lembu yang disertai Michelito ini hampir-hampir dibatalkan selepas kumpulan antilaga lembu dan perlindungan kanak-kanak membuat protes. Malah Datuk Bandar Merida sendiri menggantung cubaan Michelito untuk mencipta Rekod Guinness dengan alasan pertandingan berisiko tinggi seperti ini tidak boleh disertai oleh mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.
Namun nasib menyebelahi Michelito apabila pejabat pendakwa raya berjaya menolak arahan ini selepas ayah Michelito yang juga bekas matador membuat rayuan. Aksi berani Michelito ini disaksikan oleh lebih 3,500 penonton yang sebahagian besarnya merupakan golongan kanak-kanak.
Nama Michelito sememangnya sudah popular dalam acara laga lembu di seluruh dunia. Dia mula menyertai acara ini ketika usianya baru mencecat empat tahun. Michelito berjaya membunuh lembu pertamanya kira-kira dua tahun selepas itu. Semenjak itu dia mula aktif dalam acara laga lembu di seluruh dunia.
Fakta Lintah
Terapi Lintah digunakan untuk merawat Glucoma, Myasthenia, Inflammatory Reactions, Heart Diseases, Rheumatic Diseases, Tendovaginitis and Tendonitis, Venous Diseases and Varicose Veins, Arthrosis, Arthritis, Muscle Tension, Trombosis and Embolism dan Passive Congestions and Spastic Conditions.
Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.
Fakta Lintah :-
- lintah besar berukuran 18 inci.
- lintah mempunyai 32 otak
- lintah Hiduro mengeluarkan anak dalam kokun dan membawa anak di atas perut sendiri dan boleh mencapai 300 ekor.
- tidak semua lintah penghisap darah.
- lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah.
- gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius.
- lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri.
- lintah akan mengembang sendiri sehingga 5 kali berat badan.
- sistem saraf lintah mempunya banyak persamaan dengan sistem saraf manusia.
- pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala dan gaut.
Sushi popular seluruh dunia
Antara Sushi yang popular ialah Nigiri-sushi, Temaki-sushi, Oshi-sushi, Chirasi-sushi dan Temari-sushi. Kebanyakan kedai makanan Jepun yang menghidangkan sushi tidak menyediakan menu untuk pelanggan.
Jika dibandingkan dengan struktur menu yang biasa ditemui, hidangan Jepun tidak mempunyai susunan hidangan yang khas. Sushi boleh dimakan dengan tangan bagi mereka yang kurang selesa dengan batang penyepit.
Di restoren Jepun, pelanggan yang ingin menjamu dengan tangan diberi tuala basah sebelum hidangan. Mengikut pantang larang di meja makan Jepun, dilarang menyambut makanan dengan penyepit yang diberi oleh orang yang juga menggunakan penyepit kerana ini dianggap membawa malang.Gerhana Matahari Anulus
Wednesday, January 28, 2009
Fakta Nanas
Nama saintifiknya Bromeliaceae Comosus. Sejenis tanaman tropika yg dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan yang kemudiannya diperkenalkan oleh penjelajah Portugis & Sepanyol ke dalam koloni mereka di Asia, Afrika & Pasifik Selatan. Di negeri-negeri ini jugalah nanas terus ditanam sehingga kini
Faedah dan khasiat baik untuk sistem penghadaman dan pelawasan, sekaligus boleh mengekalkan berat badan ideal dan keseimbangan nurtrisi. Nanas juga dikatakan kaya dgn vitamin (C, B, B2, B3, B5 & B6), mineral, serat dan enzim (khususnya bromelain yg ada kaitan dgn penghadaman).
Nanas harus dimakan antara waktu makan tanpa mengambil makanan lain. Jika dimakan bersama makanan lain, kebaikan enzim dlm nanas akan terjejas.
Jus nanas dikatakan boleh membunuh cacing dlm usus.
Mereka yang menghidap kencing manis dan yang mempunyai tahap gula dalam darah yang rendah tidak digalakkan makan buah ini. Apa pun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, jika hendak menggunakan nanas untuk tujuan perubatan.
Gajus mahal tapi sedap
Timun rawat sakit tekak
Siak-siak untuk rawat kecacingan
Pokok herba ini dikatakan dapat merawat penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya. Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan dalaman selepas bersalin. Abu akar dan daun pokok siak boleh dijadikan ubat sapu untuk merawat bisul, gatal, sakit kuning, kudis herpes dan sakit urat. Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau makanan lain sebagai umpan untuk membunuh tikus. Akar dan rizom siak-siak juga boleh dibuat kosmetik dan minyak wangi.
Lipas serangga perosak
Dalam sejarah Pedanius Dioscorides (1st century), Kamal Al-Din Al-Damiri dan Abu Hanifa Ad-Dainuri (abad ke-9) menceritakan bahawa lipas digiling dengan minyak atau direbus sebagai ubat bagi merawat masalah sakit telinga, luka dan mereka yang menghadapi masalah peranakan.
Keputusan EPL
Tuesday, January 27, 2009
Cendawan Lingzhi
Bawang Putih untuk awet muda
Ikan paus biru
Burung Unta
Burung unta boleh mencapai ketinggian 2.5 meter dan memiliki badan seberat 180 kilogram.
Umurnya juga panjang iaitu boleh mencapai usia sekitar 50 tahun.
Burung unta berlari dengan amat pantas iaitu sehingga 50 kilometer sejam.
Manggis ratu segala buah.
- Nama saintifik bagi manggis ialah Garcinia Mangostana. Nama lain bagi buah ini ialah mangosteen, mangostan (Perancis), mangustan dan ia berasal dari famili Clusiaceae.
- Manggis ialah sejenis buah-buahan tropika yang berasal dari Malaysia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga lapan meter. Ia merupakan sejenis pokok rendang dengan ranting yang banyak dan daun yang besar. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
- Bahagian dalam batang mengandungi resin yang berwarna kuning pekat. Daunnya berbentuk ringkas dengan tangkai daun sepanjang 1-2 sm. Bunganya mempunyai empat kelopak dan lazimnya berwarna merah jambu pucat. Kulit buahnya berwarna hijau kekuningan ketika muda dan berubah menjadi ungu apabila masak. Buahnya berwarna putih dan rasanya manis.
- Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan Melayu tradisional untuk mengubat cirit-birit. caranya ialah kulitnya diasah pada pasu dan airnya diminum. Air rebusan akar manggis juga digunakan untuk melancarkan haid. Getahnya digunakan melegakan sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya jika diambil dalam sukatan yang banyak.
Monday, January 26, 2009
Fakta tentang buah ceri
Bagaimanapun ceri tidak boleh diolah dengan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan 'anthocyanin' di dalamnya.
- ceri kaya dengan antioksida. Ia membantu mencegah atau memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Ceri kaya dengan 'flavonoid'. Penyelidik mendapat 'flavonoid' yang membantu melegakan dan menghalang 'artritis' dan gaout. Ia juga membantu menyingkirkan migrain.
- Ceri mengandungi 'melatonin' yang membantu kita tidur dengan nyenyak.
UMNO perlu perubahan radikal
Dahulu sebut sahaja pilihan raya, yang pasti parti pembangkang akan berasa gementar tetapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kemenangan BN pada pilihanraya umum yang lalu terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah tetapi BN telah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan apa yang jelas pembangkang menguasai lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Persoalannya adakah pilihan raya umum yang lalu belum cukup memberi petunjuk?
Orang UMNO sering melaungkan yang rakyat Terengganu sudah bosan dengan PAS sejak parti itu memerintah Terengganu selama satu penggal mulai 1999 hingga 2004 namun apa yang pasti sokongan terhadap PAS semakin meningkat. Jadi apakah orang UMNO masih lagi mengaku yang UMNO masih lagi kuat dan belum lagi tergugat?
Dalam usaha untuk memperbaiki orang-orang UMNO dan BN yang disegani dan dipercayai oleh rakyat, perubahan sikap di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli parti amatlah penting.
UMNO perlu satu barisan yang benar-benar segar dan dihormati, dinamik dan popular bukan sahaja dalam UMNO malah juga di kalangan luar. Wakil-wakil rakyat UMNO juga janganlah bersikap angkuh dengan rakyat. Mereka mesti keluar dan berjumpa dengan rakyat di peringkat akar umbi serta mempunyai sistem sokongan dan mampu memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat. Mereka perlu sensitif dengan masalah dan peka dengan suara rakyat. Harapan agar perubahan yang radikal akan berlaku dan akan mengubah sikap orang-orang UMNO dan seterusnya akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.
Sunday, January 25, 2009
Benitez lantang, Ferguson tenang
Fakta menarik permusuhan Manchester United - Liverpool :-
- Permusuhan antara dua kelab ini memuncak pada tahun 1964 apabila Paul Chisnall berpindah dari United ke Liverpool.
- Sejak perpindahan Chisnall tiada pemain United ke Liverpool dan pemain Liverpool ke United.
- Ada beberapa pemain yang bermain untuk kedua-dua kelab tersebut dengan syarat pemain itu perlu bermain di kelab lain terlebih dahulu sebelum mewakili United atau Liverpool.
- Paul Ince bermain untuk Inter Milan dahulu selepas keluar dari United sebelum bermain untuk Liverpool.
- Pemain pertahanan United Gabriel Heinze tidak dijual kepada musuhnya walaupun Liverpool ingin membeli pemain tersebut.
- Liverpool tidak pernah menang (kempunan) English Premier League (EPL) sejak 18 tahun lepas cuma menang dalam Big League Soccer sahaja.
- Liverpool cuma boleh merasa kedudukannya di atas untuk beberapa minggu sahaja dan ianya cuma angan-angan sahaja untuk merampas tahta EPL.
*Peminat-peminat Liverpool, renung-renungkan lah...
Israel sah guna bom kimia
- Israel tolak permintaan antarabangsa untuk membuka sepenuhnya sempadan di Genting Gaza bagi memudahkan bantuan disalurkan.
- Pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International mengesahkan bahawa terdapat bukti tentera rejim Zionis Israel menggunakan fosforus putih semasa menyerang Genting Gaza.
- Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Genting Gaza.
* Harapan agar rejim Yahudi itu dikenakan hukuman yang setimpal.
* Apa yang menghairankan Palestin dilarang membeli senjata manakala tentera rejim Zionis tidak dihalang daripada mendapatkan senjata. Apakah motif di sebaliknya?
Kharafi nafi beli Liverpool
Timbalan Presiden Kumpulan Kharafi, Loay Al-Kharafi menafikan sebarang perbincangan mengambil alih kelab England tersebut dan menyifatkan laporan itu tidak betul.
Akhbar-akhbar Britian melaporkan bahawa terdapat beberapa orang pegawai Liverpool telah mengadakan rundingan minggi ini bersana haartaawaan pembinaan dan restoran, Nasser Al-Kharafi bagi membeli kelab ternama tersebut.
Saturday, January 24, 2009
Liverpool Untuk Dijual.
- Tom Hicks pemilik bersama Kelab Liverpool sedang berbincang dengan jutawan Kuwait.
- Keluarga Al Kharafi jutawan 48 terkaya di dunia dari Timur Tengah membuat tawaran bernilai 600 juta pound untuk mendapatkan Kelab Liga Perdana Inggeris itu.
- Pemilik bersama Kelab Liverpool Hicks dan George Giller (saham 50-50) bersetuju menjual kelab tersebut.
- Perbincangan Liverpool dengan Al Kharafi bermula apabila Pengarah Kewangan Liverpool, Philip Nash, rakan rapat Hicks berkunjung ke Kuwait awal minggu ini.
* Apa cerita sebenarnya di sebalik penjualan kelab tersebut, sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti..
Sarikei sah milik BN
Mahkamah bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Ian Chin bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang Ding daripada (SUPP) atau ejennya telah melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 semasa Pilihan raya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.
ia mendapati bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang janji oleh calon Barisan Nasional (BN) itu untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman di Bintangor merupakan satu kesalahan sebaliknya ianya janji untuk pembangunan yang dibenarkan dalam kempen.
Dalam pilihanraya lalu, Ding menang dengan majoriti 53 undi.
Dr Soon letak jawatan
Walaubagaimanapun beliau tetap memegang jawatan sebagai Jawatankuasa Kerja PUsat (CWC). Soon yang juga merupakan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam menjelaskan, beliau tidak dapat memberi komitmen penuh terhadap jawatan terbabit.
Menurut beliau, ketika mula menubuhkan SUPP Cawangan Dudong dua tahun lepas, beliau menerima pelbagai ktitikan dan tohmahan. Beliau juga amat kecewa dengan kemelut yang menimpa sepanjang penubuhan cawangan Dudong. Beliau sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pemimpin tertinggi parti terhadap keputusan peletakan jawatannya. Dr. Soon telah menjadi ADUN Dudong semenjak tahun 1996.
Friday, January 23, 2009
PBB siasat penggunaan peluru uranium
Depleted Uranium (DU) :
- Ia merupakan produk sampingan daripada proses mengayakan uranium yang diguna untuk membuat peluru.
- Ketumpatan yang tinggi dan ciri-ciri fizikal yang lain membolehkan ia mampu menembusi kereta kebal dan perisai dengan lebih mudah.
- Penggunaan peluru DU juga dilaporkan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti masalah kesihatan kepada orang awam selain kawasan kediaman dan bekalan air dicemari toksik dan beracun.
Thursday, January 22, 2009
Barack Obama Presiden AS
Harapan bahawa Obama dapat memperbaiki hubungan AS dengan negara-negara lain meningkat menjelang pemerintahannya.
Obama (Parti Demokrat) mewarisi ekonomi terburuk dalam era pasca Perang Dunia Kedua iaitu tempoh lapan tahun pemerintahan George W. Bush (Parti Republikan) di mana ekonomi terbesar di dunia itu sedang menghadapi kemelesetan serius.
Wednesday, January 21, 2009
Perang di Genting Gaza
- 19 Disember 2008 - Gencatan senjata tamat.
- 24 Disember 2008 - Pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.
- 27 Disember 2008 - Israel melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza menyebabkan lebih 229 rakyat Palestin terbunuh.
- 28 Disember 2008 - Pesawat pejuang Israel membedil Universiti Islami dan terowong penyeludupan di Genting Gaza.
- 31 Disember 2008 - Sesi persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Arab membincangkan resolusi gencatab senjata ditangguhkan.
- 01 Januari 2009 - serangan tentera udara Israel membunuh pemimpin Hamas, Nizar Rayyan.
- 03 Januari 2009 - Israel melancarkan serangan tentera darat ke atas Genting Gaza dengan menghantar pasukan tentera darat dan kereta kebal.
- 05 Januari 2009 - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengadakan lawatan misi keamanan dan Presiden George W Bush menyeru supaya gencatan senjata diadakan.
- 06 Januari 2009 - Tentera Israel membedil sekolah PBB menyebabkan 42 rakyat rakyat Palestin terbunuh.
- 09 Januari 2009 - Presiden Israel, Ehud Olmert menolak resolusi PBB.
- 11 januari 2009 - Tentera Israel memasuki kawasan yang ramai penduduk di Genting Gaza.
- 17 Januari 2009 - Israel mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak tetapi Hamas memberitahu peperangan akan berterusan.
- 18 Januari 2009 - Hamas mengisytiharkan gencatan senjata di Genting Gaza.
- 19 Januari 2009 - Tentera Israel secara berperingkat keluar dari Gaza.
Tuesday, January 20, 2009
Majlis Jamuan Mesra
Antara penerima skim sumbangan galakan berjabat tangan dengan YB.
Monday, January 19, 2009
Sunday, January 18, 2009
Keputusan Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu
- Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN)........30,252
- Mohd Abdul Wahid Endut (PAS).......................32,883
- Azharudin Mamat@Adam................................. 193
Jumlah Pengundi berdaftar................................80,229
Jumlah mengundi..............................................63,993
Peratus..............................................................79.9%
Undi rosak.......................................................... 665
Majoriti................................................................2,631
Penyandang : Datuk Razali bin Ismail (BN)
Undi diperolehi: 32,562
Majoriti : 628
Friday, January 16, 2009
Perkembangan konflik Genting Gaza hari ke-20
- Tiga kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cedera apabila ibu pejabat Agensi Bantuan dan Perkhidmatan PBB (UNRWA) bagi pelarian Palestian dibedil oleh tentera Israel dengan peluru meriam mengandungi fosforus putih menyebabkan bangunan itu terbakar.
- Seorang wartawan televisyen Abu Dhabi cedera apabila satu peluru berpandu Israel mengenai tingkat 13 bangunan AL-Shurouq Tower yang menempatkan beberapa pertubuhan media tempatan dan asing di Gaza City.
- Serangan Israel menyebabkan kemusnahan infrastruktur bernilai sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion (RM4.9 bilion) di Gaza.
- PBB akan memperuntukkan AS$7 juta (RM24.5 juta) daripada dana kecemasan untuk membantu menyediakan bekalan makanan dan air bersih di GAZA.
- Sekurang-kurangnya 1,054 penduduk Palestin terkorban termasuk 355 kanak-kanak dan 100 wanita manakala lebih 4,870 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel yang masuk hari ke-20.
- Pemimpin Hams, Ismail Haniyah beri tiga syarat jelas dan mudah untuk gencatan senjata baru dengan Israel termasuk menarik balik sekatan ekonomi Genting Gaza seperti NERAKA DUNIA.
- Pertubuhan hak asasi manusia Palestin desak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague lancar siasatan ke atas Israel atas tuduhan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan.
Apakah tindakan dunia untuk menyelamatkan bumi Palestin dari terus bermandi darah? Di manakah keadilan Amerika Syarikat yang mengelar dirinya sebagai POLIS DUNIA, sekutu kuat Yahudi? Hari demi hari bumi Palestin terus dibedil dengan peluru berpandu dan meriam oleh rejim Zionis, kanak-kanak yang belum mengenal erti hidup terus dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Israel yang tidak mengenal mangsa.
Rejim Zionis adalah binatang atau haiwan yang tidak berhati perut sepatutnya dihapuskan di muka bumi ini.
Jika Saddam Hussein dihukum gantung sampai mati kerana dituduh membunuh 168 orang rakyatnya, apakah pula bentuk hukuman yang paling wajar dikenakan ke atas seluruh KABINET ISRAEL yang telah membenarkan tenteranya MEMBUNUH lebih 1,000 rakyat Palestin yang tidak berdosa dalam tempoh tidak sampai sebulan? Persoalannya mampukah dunia menghukum rejim ini?
Thursday, January 15, 2009
Harga minyak kekal
Sekiranya harga minyak di pasaran dunia terus turun dalam tempoh dua tiga hari lagi di bawah AS$30 atau AS$35 setong mungkin penurunan minyak sebanyak dua sen atau lima sen boleh dipertimbangkan.
Berkuatkuasa 15 Disember 2008 lepas, harga petrol RON97 turun kepada RM1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing RM1.70 seliter.
Mee Sua
Kak ya dijemur bila hari panas. Menurut kata tokey empunya mee, bila dah kering sikit baruk lah dibuat(angkat) dan digolong kay jual @ dimakan. Menurut katanya lagik, mun nak makan campur ngan sup baruk nyaman.