Saturday, December 27, 2008
Friday, December 26, 2008
Kelab Sarikei
Gambar atas sekali: Urang dolok bila nak berjoget sik jauh dari payong, zaman ya tarian payong nang famos, payong dolok tahan walaupun dipolah dari kertas, tahan, kualiti & waterproof.
Gambar debah , aktiviti dak wanita molah gubahan bunga dan mengait. Masa ya sidak wanita dan kaum ibu nang aktif. macam-macam jak aktiviti dipolah sidak ya.
Mesti kita heran, kenak kamek ngambik gambar building ya. Mun kitak nak tauk bangunan ya lah dipakei oleh sidak ya (wanita) dolok, masa ya tingkat atas sik ada dinding. Building ya banyak berjasa bukan ajak pakei aktiviti wanita, dak sojar (askar) pun pernah diam di sia juak. Selain daripada ya, tingkat debah pakei main ping pong dan di depan kay main badminton. Zaman dolok bangunan ya digelar urang KELAB (Club). Kinek tuk bangunan ya dah dipakei dak Giatmara Sarikei.
Masjid Sarikei
Macam tuk lah mula-mula Masjid Sarikei dolok. Kamek masih ingat, waktu agik kecik dolok mun nak sembahyang di masjid ya terpaksa lalu makei kubur bab ya jak jalan short cut.
Rasanya generasi kinek tuk sidak sik tauk masjid lamak Sarikei dolok bertapak di bangunan Sugar Bun. Di sia lah mula-mula masjid Sarikei dipolah dolok.
Masjid Al-Mutaqqin nak dipakei kita sembahyang masa tuk, masjid ya berumur lebih kurang dua puluh lebih taun di Jalan Masjid Baru Sarikei, nganti masjid lamak.
Wednesday, December 24, 2008
MDS dan padang
Sama tapi sik serupa
Map
Tuesday, December 23, 2008
Sekolah Abg Haji Matahir
Pemandangan Sekolah Kebangsaan Abg Haji Matahir kinek tuk. Bangunan tuk lah tempat kamek urang sekolah dolok, di depan ya juak tempat bergambar. Struktur bangunan masih lagi kekal macam dolok, cuma kinek tuk ditambah dinding dan pintu.
Dulu dan Sekarang
Tuk lah Dewan Suarah Sarikei nak di tengah bandar . Kawasan tuk dolok padang main bol dak Sarikei. Apa-apa jak pertandingan main bol kah, sukan sekolah kah dan apa-apa jak aktiviti semuanya pakei padang tuk.
Cuba kitak bezakan gambar atas ya dengan gambar tuk?Padang tuklah banyak berjasa ngan penduduk Sarikei zaman mensia dolok. Apa-apa jak aktiviti di Sarikei dolok semuanya pakei padang tuk. Padang tuk unik, bab nya di tengah-tengah bandar Sarikei. Kinek tuk di belakang tempat sidak ya bergambar dah jadi Dewan Suarah. Mun jak padang ya sik di kaco dolok, rasa kamek macam Padang Central nak di Kuching ya rupanya kinek tuk.
Panggong oh panggong
Mun kitak nak tauk bangunan nak berwarna ya tempat panggong Cathay dolok. Panggong cathay dah sik ada agik dan diganti ngan bangunan empat tingkat milik Tan Sri Ting Pek Kiing.
Kinek tuk pun bangunan ya masih kosong agik.
Bangunan Panggong Rex dolok/kinek tuk
Sarikei membangun
Monday, December 22, 2008
Paling Unik.
Satu satunya leberi (library/perpustakaan) Majlis Daerah Sarikei (MDS) yang paling unik, bukan struktur bangunannya unik tapi tempatnya di tengah antara Sarikei dan Bintangor. Mun sik silap nama nya Perpustakaan Pasi. Dari Sarikei sebelah kerek, mun kitak nangga sigek jak bangunan tercugat kat ladang kelapa sawit, ya lah leberi. Mun ada masa singgah jak. MDS nang perihatin, dalam utan pun dipolahnya leberi.
Pembangunan Sarikei
Jambatan Sungai Nyelong nak digunakan urang kinek tuk kay nganti feri. Mun dari Sarikei nak ke Bintangor @ Sibu jambatan tuk lah pakei kita. Ngan adanya jambatan tuk boleh menjimatkan perjalanan kita.
Feri point tuk sik di pakei urang lagik, sebelum jambatan siap, feri point tuk diguna oleh urang kay ulang alit Sarikei Sibu.
Feri ya banyak berjasa ngan penduduk di situk. Tambang keta seringgit jak dolok. Kinek tuk feri ya dah sik dipakei urang lagik bab jambatan dah ada. Mun kitak nak tauk Sarikei waktu tuk sik macam dolok agik, dah banyak perubahan dan pembangunan cuma Parkson jak sik ada.
Sunday, December 21, 2008
Program Nur Bestari MPWK P206 Tanjung Manis
Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) kawasan Parlimen P206 Tanjung Manis telah mengadakan Program Nur Bestari di Dewan KIPPTM, Bandar Baru Tanjung Manis pada 20 Disember 2008. Majlis penutupan rasmi telah di sempurnakan oleh Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis pada pukul 2.00ptg. Lebih dua ratus orang peserta wanita telah menyertai program tersebut. Dalam pada itu PPWS Belawai juga mengadakan Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci.
YB Norah Tun Rahman bersalaman dengan tetamu dan peserta program, turut hadir ialah Speaker DUN, Dato' Seri Awg Asfia Awg Nasar.
Pengerusi Program MPWK Kawasan P206 Tanjung Manis, Kr Dayang Raoyah Abang Adeng berucap sepatah dua kata dalam majlis tersebut.
YB Norah Tun Rahman Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis selaku tetamu kehormat sedang menyampaikan ucapan dalam majlis itu.
YB Norah Tun Rahman Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis selaku tetamu kehormat sedang menyampaikan ucapan dalam majlis itu.
YB menyampaikan hadiah Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci kepada pemenang pertama di perhatikan oleh YB Dato' Seri, Kr Dayang Raoyah, Mohamad dan SAO Belawai.
Friday, December 19, 2008
Pelajar Sekolah Agama
Pelajar bergambar di depan sekolah agama lamak lepas perarakan Maulud Nabi 8 May 1971. Mun kitak nak tauk tapak sekolah dah jadi bangunan kedei belakang Furama Hotel Sarikei. Kesian ngenang, kamek pernah belajar di sia juak dolok. Bangunan sekolah ya sik ada pakei kenangan generasi baru, yang ada cuma gambar tuk ajak.
(Coba dabel klik gambar ya ni lah tauk ada muka sanak saudara @ kitak pun dalam gambar ya).
Yah! nar ndak padah kamek tek..
Thursday, December 18, 2008
Imbasan Pesta Nanas dan Regatta Sarikei 2008
Pertandingan Senamrobik Poco-poco
Sempena Pesta Nanas yang lalu antara program yang diselitkan ialah Pertandingan Senamrobik Poco-poco. Bermula pada pukul 7 pagi di atas jalan depan Majlis Daerah Sarikei.
Aih! sempat juak antara sidak ya berkentut. Mun sik cayak coba kita nangga ompuan di belakang nak gemok ya nutup idung. Kali kentut sidak ya bau gilak nak, ha..ha..
(coba klik gambar ya)
Tuk agik semacam, sidak tuk poco-poco kah main tai chi..?
Sidak tuk standby, di suruh warm up dolok, takut ada angus (kebakaran). yalah sidak tuk di suruh pakei baju celoreng (mcm baju sidak Bomba)
Imbasan Sempena Pesta Nanas dan Regatta Sarikei 2008
Pertandingan Poco-poco
Salah satu acara yang berlangsung sempena pesta tersebut ialah pertandingan Senamrobik Poco-poco. Seramai 15 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Pertandingan tersebut telah didakan di jalan raya depan Majlis Daerah Sarikei (MDS).
Johan: Sri Melati, Naib Johan: Anak seni PPWS Cawangan Bintangor, Tempat Ketiga: PPWS Cawangan Belawai
Serius na juak muka, cobalah senyum sikit, lain kali mun nak berpoco-poco ceriakan sikit muka, tuk memang belum minum pagi, ni ndak tebiut jak muka.
Penolong Kanan Pengarah Kastam, Sarikei, En. Md Jaafar Abdullah (Pengerusi Pengelola)nyampei hadiah ngan sidak hakim pertandingan.
Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Kr Dayang Raoyah Abang Adeng nyampei hadiah ngan sidak ketua kumpulan Sri Melati (Johan Poco-poco) diperhatikan oleh En Md. Jaafar Abdullah (Pengerusi Penganjur)
Penolong Kanan Pengarah Kastam, Sarikei, En. Md Jaafar Abdullah (Pengerusi Pengelola)nyampei hadiah ngan sidak hakim pertandingan.
Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Kr Dayang Raoyah Abang Adeng nyampei hadiah ngan sidak ketua kumpulan Sri Melati (Johan Poco-poco) diperhatikan oleh En Md. Jaafar Abdullah (Pengerusi Penganjur)
Wednesday, December 17, 2008
Posing urang dolok
Atas : Nang kacak urang dolok posing, susah nak melawan. Gambar ya masa nyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 1959. Ujung sebelah kanan ninggal bapak kamek lok. Nak di tengah ya bekas Penghulu (kampung Hilir)Sibo dolok. Mun kitak kenal sidak lain ya padah ngan kamek juak.
Debah : Urang dolok samada makei songkok kah, topi kah, kenaknya mesti singit, mun sik singit ke kerek ke kanan, heran o..? Bergambar di kilang pun posing abis2...Mcm ni pun, urang dolok2 nang spoting..
Subscribe to:
Posts (Atom)