Thursday, April 30, 2009

Liga Juara-Juara : O'Shea hero MU



John O’Shea merupakan hero Manchester United apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke 17 dalam pertandingan Liga Juara-Juara yang berlangsung di Old Trafford pagi tadi.
Kemenangan tersebut memang sudah dijangka walaupun desas desus mengatakan Manchester akan dibelasah 1-4 oleh Arsenal seperti yang digembar gemburkan oleh peminat fanatik Liverpool.
Kekecewaan peminat Liverpool untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara berkecai seperti kaca yang jatuh ke lantai apabila ditumbangkan umpama pohon kayu yang sudah rapuh oleh Chelsea di peringkat suku akhir.
Sekali lagi tahniah buat Manchester di atas kemenangan itu dan semoga ianya berterusan untuk perlawanan kedua. Bravo!Bravo!Bravo!

Isteri Taib Mahmud meninggal dunia

ARKIB : 29/04/2009

29/04/2009 6:03pm

KUCHING 29 April – Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di Kuching.

Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan.

Allahyarham berusia 68 tahun. – BERNAMA.

Monday, April 27, 2009

Giggs Pemain Terbaik EPL


Terkini
27/04/2009 10:50am

LONDON 27 April – Pemain Manchester United, Ryan Giggs dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana England (EPL) buat pertama kali oleh Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) hari ini.

Walaupun hanya beraksi dalam 12 perlawanan liga dan menjaringkan satu gol setakat ini, pemain Wales itu akhirnya memenangi anugerah tersebut selepas 18 tahun mewakili United.

Dia mengetepikan saingan rakan sepasukan di United, Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic, Edwin van der Sar dan Rio Ferdinand serta pemain Liverpool Steven Gerrard.

Giggs merupakan pemain Wales pertama memenangi anugerah itu selepas bekas penyerang United, Mark Hughes pada 1991. - Reuters

Thursday, April 23, 2009

Keputusan EPL


Manchester United menang dengan bergaya apabila menumpaskan Portmouth 2-0. Manchester mendahului pada minit ke 9 hasil jaringan Wayne Rooney.
Separuh masa kedua minit ke 82 Carrick telah menambah jaringan dan seterusnya memberi 3 mata penuh untuk Manchester.
Nampaknya impian Liverpool untuk menerajui EPL hanya bertahan 24 jam sahaja,sungguh malang nasib mereka. Apa yang kita kasihan adalah peminat-peminat fanatik Liverpool yang ingin menjuarai EPL tidak kesampaian biarpun masih ada baki permainan.
Mereka terus dihantui oleh bayang-bayang Manchester United.

Tuesday, April 21, 2009

Pertembungan Liverpool dan Arsenal (EPL)




Awal pagi esok (21.04.2009) lebih kurang dalam pukul 3 pagi kita akan menyaksikan Liverpool akan tumbang oleh Arsenal.
Biarpun Liverpool bermain di Anfield, tidak semestinya kemenangan akan menyebelahi mereka dan mungkin “NASIB” akan berpihak kepada Arsenal. Walaupun nasib, yang penting adalah kemenangan.
Ramai pemerhati sukan meramalkan Arsenal menang dengan jaringan 1-2, sekiranya ramalan tersebut betul maka punahlah harapan Liverpool untuk menjuarai EPL yang diidamkannya selama 18 tahun (sebelum ini Big League Soccer).
Peminat-peminat Liverpool pastinya menanti untuk meraikan kemenangan mereka untuk menidakkan ramalan tersebut. Kalaulah Liverpool kalah pagi nanti maka sama-samalah kita memeriahkan dan meraikan empunya blog ini.
Barisan kemungkinan yang akan diturunkan oleh Benitez :

1. Along (adik Zaini)
2. Sadam (miak kedei John)
3. Sabri (Socso Sri Aman)
4. Ju (aji Labi)
5. Awg Sukor (Kunyit Kering)
6. Abg Azhar (Torres)
7. Aron (miak kedei seberang)
8. Ustaz Kerol (St Anne)
9. Tuan Samat (Sarikei)
10. Julhakim@Jun (CIMB)
11. Boloi (klinik Sarikei)

Simpanan :
1. Awg Arshad (JPJ)
2. Awg Hasbi (Medical Sarikei)
3. Zebidi (Sarikei)

Mampukah barisan pemain-pemain tersebut mengalahkan Arsenal, sama-samalah kita saksikan perlawanan pagi nanti.

Thursday, April 16, 2009

Keputusan Champion League pusingan kedua.

Seluruh dunia tauk perlawanan Liga Juara-juara pusingan kedua pagi tadik telah di menangi oleh Manchester United mengalahkan Porto FC dengan jaringan 0-1 (aggregate 2-3). (Untuk renungan dak Liverpool)
MU telah mencipta sejarahnya tersendiri kerana melakarkan kemenangan di Porto coz sik pernah ada tim dari kelab England menang di sia (nak ya lah di cemburu oleh Liverpool).
Gol seawal minit keenam hasil rembataan paling cantik oleh Ronaldo telah memusnahkan impian Porto untuk melangkah ke semi final (sama juak ngan Liverpool).
Tahniah sekali lagi untuk pemain-pemain dan peminat-peminat MU(TAKZIAH untuk LIVERPOOL).
Dalam perlawanan yang berasingan Arsenal menang ke atas Villarreal dengan jaringan 3-0 (aggregate 4-1). Sebelum itu Chelsea seri 4-4 dengan Liverpool namun “nasib si labu labi” tidak menyebelahi Liverpool kerana telah dibelasah, dibentes dan ditebuuk oleh Chelsea dengan jaringan 1-3 di Anfield (aggregate 7-5). Nampaknya tahun tuk Liverpool menang sorak ajak.
Dalam kedudukan semasa EPL :

1. Manchester United
2. Liverpool
3. Chelsea
4. Arsenal.

Cuba kita perhatikan betul-betul tim ni sik masuk semifinal Champion League? LIVERPOOL nak? Yah! Betul kata cicak….
Apa-apa pun kita menaruh simpati ngan Liverpool cuma harapan kita tahun depan cuba lagi dan buat kalah lagi…
Lepas tuk ada sidak peminat-peminat Liverpool mengeluarkan fakta, tradisi dan apa-apa jak pakei sidak nya nyenang hati…tapi kita sik kisah coz sidak dah kalah dan sik ada apa lagik piala nak direbut walaupun bunyi macam ribut…

Wednesday, April 15, 2009

2nd leg Champion League




Awal pagi kelak sejarah akan tercipta, Manchester United akan mengalahkan Porto FC dengan jaringan 2-1 dalam Piala Juara Juara (Champion League). Walaupun bermain di tempat lawan namun semangat kemenangan tetap berkobar-kobar bagi MU. Peminat Liverpool sik menaruh harapan MU boleh menang di Porto, sebenarnya sidak ya cemburu kerana sik dapat masuk semi final kalah ngan Chelsea awal pagi tek biarpun seri 4-4 (aggregate 7-5).
Seluruh peminat MU bakal meraikan kemenangan tersebut, jadi jangan lupa sama-samalah kita menonton perlawanan ya kol 2.45 pg kelak. Kemenangan ya kelak akan meramikan lagi blog tuk. Pesanan dari orang pun blog tuk, jangan lupak memenuhi ruangan sembang-sembang awal pagi esok bagi meraikan MU.

Champion League




Tahniah diucapkan kepada Liverpool kerana seri ngan Chelsea 4-4 awal pagi tadik dan "TAKZIAH" juak diucapkan kerana tersingkir dari Champion League ngan aggregate 7-5.

Nang dah dijangka perjalanan Liverpool sik akan jauh, “sekadar di pinggiran” ajak maknanya sik ada piala untuk Liverpool tahun tuk. Kesian…

Peminat-peminat fanatik Liverpool nang bersemangat tapi sik dapat molah apa-apa kerana bukan sidak ya yang bermain di padang, cuma boleh menang sorak ajak.

Walau pun macam ya kamek arap jangan putus asa, cuba lagik tahun depan dan semoga kalah lagik.

Lepas tuk harapan Liverpool bergantung ngan EPL, ya jak lagik pakei rebut dan pakei ngamboh dak peminat fanatiknya. Tapi mungkin “tidak kesampaian” juak kerana rekod Liverpool dalam EPL sik berapa bagus. Dah 18 tahun ketandusan EPL. Cuma menang masa Big League Soccer (sebelum EPL) jak. Bayangkan dan renung-renungkanlah..

Walau apa pun Tahniah untuk Chelsea dan Barcelona yang akan berentap dalam semi final dan “Hai Bye-Bye” untuk Liverpool yang “kecundang” awal pagi tadik

Thursday, April 9, 2009

EPL hujung minggu tuk.

Pada 14.04.2009 beberapa game EPL akan menyaksikan beberapa kejutan. Rasa-rasanya Liverpool kenak ulam dak Blackburn (0-2). Ponek agiklah dak Liverpool lead EPL.
Manchester United grenti menang 4-0 melawan Sunderland. Team jaik ya dilawan..
Mun penyokong/fan Liverpool ada komen, padah jak. Tapi rasanya sik berkokok Liverpool coz agik bergabong kerana ngenang kekalahan terok oleh Chelsea pagi tadik (1-3). 2nd leg (15/4/2009 Rabu depan) kelak kenak ulam lagik 3-0.
Nampaknya tahun tuk, Liverpool sik ada apa-apa piala. Jangan kecewa tahun depan cuba lagik dan harap-harap kalah lagik. ha..ha.. You Always Walk Alone

Liverpool kenak ULAM




Nampaknya sik sampei ke adan dak Liverpool. Sebelum game bukan main kamboh gik dak Liverpool. Macam-macam jak dipadah oleh sidak penyokong Liverpool, menang besarlah, Chelsea kenak belasahlah. At last sidaknya empun kenak ULAM dengan jaringan 1-3 di Anfield.

Tahniah untuk penyokong Chelsea. Nang takbur dak Liverpool tuk, padan muka. Kirum salam jak dengan Champion League. Mun macam ya sik ada pialalah dak Liverpool tahun tuk. Kempunan, kesian…..EPL pun dah nak anyut juak. Pesanan dari peminat MANCHESTER UNITED cuba agik tahun depan dan semoga kalah lagi.ha..ha..ha…You Will Always Walk Alone.

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Pilihan Raya Kecil Batang Ai




Keputusan Pilihan raya Kecil N29 Batang Ai lebih memihak kepada calon BN. Ini bererti rakyat di kawasan pilihan raya Batang Ai masih dahagakan pembangunan berterusan dan ini telah diterjemahkan oleh pengundi-pengundi dengan memilih BN bagi mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Malcom Mussen Lamoh (BN) yang memperolehi 3,907 undi telah menyingkirkan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang (PKR)2,053dengan majority 1,854 undi.

Apa yang dituduh oleh pihak pembangkang melalui siri-siri kempen mereka sememangnya ingin membangkitkan kebencian dan seterusnya sebagai strategi meraih undi. Siri-siri kempen PKR ini ada yang berbaur perkauman dan amat sensitive.

Walaupun berbagai-bagai janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang kepada pengundi bagi meraih sokongan namun rakyat di sini lebih matang, mereka tahu apa yang dijanjikan oleh pembangkang hanyalah indah khabar dari rupa.

Rakyat Sarawak amnya memang tidak dapat menerima parti pembangkang bertapak di bumi kenyalang khasnya di Batang Ai.

Bloggers yang banyak memburukkan pemimpin-pemimpin kita dalam kempen pilihanraya tidak mendapat tempat di hati pengundi . Pengundi di sini tahu mereka ini hanyalah pandai bercakap dan menghasut sahaja tetapi tidak pernah mencadangkan kaedah-kaedah untuk membawa pembangunan di kawasan.

Tahniah diucapkan kepada calon Encik Malcom Mussen Lamoh di atas kemenangan beliau dan memanglah menjadi harapan rakyat di sini agar beliau terus membawa pembangunan di Batang Ai.

Hari turun mengundi




Hari ini merupakan hari pembuangan undi pilihan raya kecil N29 Batang Ai. Seramai 8006 orang pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan memilih wakil rakyat bagi kawasan ini.

Sejak awal-awal lagi ramai yang sudah turun mengundi. Pemerhatian di Pekan Lubok Antu yang agak sunyi sebelum ini begitu meriah sekali dengan petugas-petugas pilihan raya dan parti-parti politik yang bertanding begitu juga dengan pengundi.

Pilihan raya yang menyaksikan antara parti BN dan PKR akan ditentukan kemenangan selewat-lewatnya pukul 8.00 malam nanti. Ianya akan diumumkan menerusi media elektronik. Jangan lupa ikutilah keputusan berita terkini dari semasa ke semasa.

Monday, April 6, 2009

Pilihan raya Kecil



Esok merupakan hari mengundi untuk pilihanraya kecil Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang .Memang kita menaruh harapan agar rakyat bijak memilih.

Selama ini kita sedia maklum bahawa pembangunan yang kita nikmati adalah dari kerajaan yang memerintah. Maka memang patut kita memilih kerajaan yang ada supaya kesinambungan pembangunan akan dapat diteruskan agar ianya dapat dinikmati anak cucu kita nanti.

Jangan lupa turun awal bagi kawasan pilihan raya kecil yang terlibat dan kita ucapkan selamat mengundi.

Pilihan raya Batang Ai




Kempen pilihan raya kecil Batang Ai hari yang ke sembilan semakin hebat. Poster dan bendera parti-parti yang bertanding semakin berkibar gah di Pekan Lubok Antu. Hari ini juga merupakan hari terakhir kempen dilakukan dan esok (07.04.2009) merupakan hari pembuangan undi. Rakyat di kawasan Batang Ai akan memilih wakil rakyat mereka bagi mewakili suara mereka di persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Anak Gerang berikutan kematian mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot.

Friday, April 3, 2009

Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam


Terkini
03/04/2009 10:36am

KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

Tun Rahah yakin Najib sebaik ayahandanya

Terkini
03/04/2009 3:10pm

KUALA LUMPUR 3 April — Tun Rahah Mohd Noah tidak menduga suatu hari nanti anak sulungnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengikuti jejak ayahandanya, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Rahah, 75, mempunyai gelaran unik — isteri kepada Perdana Menteri kedua dan ibu kepada Perdana Menteri keenam — setelah Najib mengangkat sumpah memegang jawatan itu di Istana Negara pagi ini.

“Semasa Najib ganti ayahandanya (sebagai Anggota Parlimen) di Pekan, tidak pernah terlintas langsung di hati saya yang beliau akan ikut jejak ayahandanya menjadi PM.

“Saya percaya Najib akan dapat melakukan kerjanya dengan baik sebagaimana ayahandanya,” katanya dalam satu temubual dengan Bernama di rumahnya.

Rahah berkata antara sifat istimewa yang ada pada anaknya itu ialah beliau amat menghormati orang tua.

Najib, 55, mempunyai beberapa rekod dalam sejarah poitik tanah air, termasuk menjadi Anggota Parlimen paling muda pada usia 22 tahun, Menteri Besar paling muda pada usia 29 tahun, anggota Majlis Tertinggi Umno paling muda pada usia 28 tahun, timbalan menteri paling muda pada usia 25 tahun dan menteri paling muda pada usia 33 tahun.

“Tidak ada siapa yang beri galakan kepada Najib, dia sendirilah yang saya rasa. Arwah dulu ada bawa dia pergi kampung-kampung dan dia sendiri melihat usaha bapanya untuk memajukan bangsa, agama dan negara dan secara langsung melibatkan dirinya dalam politik,” kata Rahah.

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak anaknya itu, beliau berkata Najib amat gemar menunggang basikal dan bermain bola sepak.

“Najib tidak cerewet pasal makan tetapi dia gemar ikan patin masak lemak, roti canai dan sambal tumis telur,” katanya.

Walau sibuk mana sekalipun, Najib akan sentiasa menghubungi Rahah, dan jika ada kelapangan, akan menyertai ibu dan adik-adiknya untuk makan bersama.

Sambil melahirkan rasa syukur dengan pelantikan Najib itu, Rahah berharap anaknya akan bekerja keras seperti ayahandanya demi bangsa dan negara.

“Saya sentiasa berdoa agar dia menjadi pemimpin yang baik, dihormati dan disegani.

“Saya juga berharap rakyat di setiap peringkat dapat membantu Najib membentuk negara yang lebih maju dalam persekitaran yang aman dan damai,” kata Rahah.

— BERNAMA

Penyampaian sumbangan


Majlis Penyampaian sumbangan berupa sejadah dan Al-Quran kepada Masjid Nurul Huda, Kampung Melayu , Lubok Antu telah disampaikan kepada Pengerusi masjid tersebut oleh Datuk Amar Sri Awang Tengah Ali Hassan selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Ianya merupakan salah satu program lawatan beliau ke kawasan pilihanraya kecil Batang Ai.
Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Datuk Dublin Unting Ingkot Februari lalu. Pilihan raya kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon BN (Malcom Mussen Lamoh) dan PKR (Jawah Gerang) dan tarikh pembuangan undi ialah pada 7 April ini.

Thursday, April 2, 2009

Angkat sumpah di Istana Negara esok.

PUTRAJAYA 1 April - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan mengumumkan.

Mengikut kenyataan Mohd. Sidek yang dikeluarkan malam ini, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Mohd. Sidek berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat jemaah menteri hari ini bahawa Seri Paduka telah memberi perkenan itu semasa beliau menghadap Tuanku Mizan sebelum mesyuarat mingguan Kabinet. - BERNAMA