Sunday, December 21, 2008

Program Nur Bestari MPWK P206 Tanjung Manis

Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) kawasan Parlimen P206 Tanjung Manis telah mengadakan Program Nur Bestari di Dewan KIPPTM, Bandar Baru Tanjung Manis pada 20 Disember 2008. Majlis penutupan rasmi telah di sempurnakan oleh Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis pada pukul 2.00ptg. Lebih dua ratus orang peserta wanita telah menyertai program tersebut. Dalam pada itu PPWS Belawai juga mengadakan Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci.
YB Norah Tun Rahman bersalaman dengan tetamu dan peserta program, turut hadir ialah Speaker DUN, Dato' Seri Awg Asfia Awg Nasar.
Pengerusi Program MPWK Kawasan P206 Tanjung Manis, Kr Dayang Raoyah Abang Adeng berucap sepatah dua kata dalam majlis tersebut.

YB Norah Tun Rahman Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis selaku tetamu kehormat sedang menyampaikan ucapan dalam majlis itu.

YB menyampaikan hadiah Pertandingan Sulaman Manik dan Labuci kepada pemenang pertama di perhatikan oleh YB Dato' Seri, Kr Dayang Raoyah, Mohamad dan SAO Belawai.


Kr Dayang Raoyah menyampaikan cenderahati kepada YB Norah Tun Rahman sebagai tanda terima kasih.





2 comments:

  1. Assalamualaikum cik den..ada blog juak kitak..hehe..kmk pun ada..Tapi sik selalu update..Facebook ada sik?

    ReplyDelete