Tuesday, March 31, 2009

Suasana pilihan raya kecil Batang Ai






Kempen pilihan raya kecil Batang Ai selama tiga hari berjalan lancar dan aman. Tiada kejadian yang tidak diingin berlaku. Poster-poster parti politik yang bertanding semakin megah berkibar di Pekan Lubok Antu yang mana ianya merupakan satu-satu pekan yang menjadi tumpuan petugas-petugas pilihan raya.
Tarikh pembuangan undi 7 April ini memang ditunggu-tunggu oleh penduduk-penduduk di DUN Batang Ai yang meliputi keluasan 1,341 kilometer persegi.
Calon BN Malcom Mussen dalam sesi dialog bersama rakyat di Chinese Temple yakin akan membawa projek pembangunan untuk rakyat di kawasan itu dan beliau akan menggunakan sepenuh pengalaman beliau ketika berkhidmat dalam kerajaan selama 25 tahun sebelum ini
.

Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Ai

Menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada 7 April tuk, duak-duak parti nak bertanding masing-masing udah ngantung poster & bendera di tempat-tempat nak strategik.
Perang poster dah mula menampakkan suasana kemeriahan kempen antara BN ngan PKR. Pekan Lubok Antu nak legang selamak tuk, kinek tuk dah semakin meriah ngan kunjungan petugas-petugas parti yang bertanding. Duak-duak calon dah mula gago berkempen pakei meraih undi. Kamek akan uar-uarkan perkembangan dari masa ke semasa tentang apa yang berlaku di situk.

Mampukah Anwar menyelamatkan pengundi Batang Ai sedangkan kawasan Permatang Pauh nak diwalikinya ngan bininya selama 25 tahun masih agik ada hidup dalam kedaifan apa tah lagi nak nyelamatkan rakyat Batang Ai. Renung-renungkanlah.....

Suasana kemeriahan Pasar Lubok Antu ngan poster-poster BN & PKR.


Bendera BN berkibar megah di Jambatan Batang Ai.


Dah sik ada tempat ngantung bendera, engkah ajak dalam sungei, pakei baca dak ikan.


Poster di persimpangan jalan Batang Ai.

Sunday, March 29, 2009

Pertandingan dua penjuru di Batang Ai

Pilihan Raya Kecil N29 Batang Ai menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang mewakili BN telah mencalonkan Malcom Mussen Anak Lamoh manakala PKR pula mencalonkan Jawah Anak Gerang yang merupakan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu (mewakili BN ketika itu).
Terdahulu Johnny Chuat menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas namun telah menarik diri dan menyertai PKR.
Pencadang untuk borang pencalonan Malcom Mussen ialah Grang Anak Jubeng dan penyokong Jampi Anak Tutong manakala Jawah Gerang pula Unggeh Anak Babang (pencadang) dan Lepang Anak Grang (penyokong).
Penamaan calon telah diadakan di Dewan Sukan Lubok Antu pada 29.03.2009 bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 tengahari dan hari pembuangan undi akan diadakan pada 07 April 2009.
Antara orang kenamaan yang hadir semasa penamaan calon ialah YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dan Menteri-menteri kabinet dan beberapa orang Ahli Parlimen.



Taib menerangkan sesuatu kepada Jabu dan Shafiee.

Calon Bebas yang menarik diri Johnny Chuat tersenyum sambil diperhatikan oleh Khalid.


Jawah dijulang oleh penyokong-penyokong PKR selepas penamaan calon tamat.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama dengan Jeffry Kitingan antara yang hadir di pusat penamaan calon.


Calon BN Malcom Mussen dikerumuni oleh pemberita sebaik sahaja keluar dari dewan selepas penamaan calon tamat.
Penyokong-penyokong BN dengan sepanduk.



Penyokong-penyokong PKR

Penyokong-Penyokong BN




Saturday, March 28, 2009

Tum M iktiraf pucuk pimpinan baru UMNO - Najib

Terkini
28/03/2009 7:02pm


KUALA LUMPUR 28 Mac — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasrat bekas perdana menteri dan presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke dalam Umno sebagai pengiktirafan kepada barisan pucuk pimpinan Umno yang baru.
“Kehadiran Tun (Dr) Mahathir menunjukkan wujudnya penyatuan kembali anggota serta kesepaduan baru dalam parti ini dan diharapkan ini akan menyemarakkan parti untuk mengorak langkah ke hadapan dengan agenda pembaharuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2008 yang berlangsung selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dr Mahathir hari ini berkata beliau akan kembali menyertai Umno dan akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai ’selepas beberapa perkembangan’.
Sebelum itu, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan, apabila hadir untuk mengikuti sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, PWTC.
Bekas perdana menteri itu tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantas disambut dengan tepukan gemuruh para anggota perwakilan.
“Saya percaya Tun boleh memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa.
Sebab itulah saya dah ajukan untuk berjumpa kedua-dua mereka (Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk berbincang masa depan parti dan negara,” kata Najib.
Ditanya sama ada beliau akan memberi apa-apa peranan kepada Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas menjadi Perdana Menteri, Najib berkata:
“Akan ada peranan tertentu tetapi kami akan bercakap mengenainya kemudian. Saya belum lagi mengambil alih jawatan. Kenapa anda cepat membuat kesimpulan?"
— BERNAMA

Friday, March 27, 2009

Abdullah terus berteka-teki peralihan kuasa

Terkini
27/03/2009 9:08pm


KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka-teki mengenai tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika ditemui pada perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini, Abdullah yang kelihatan ceria dalam sidang media berkata beliau akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian.
“Yang itu (tarikh peralihan kuasa) tak payah tanya, saya akan bagi tau bila-bila saya suka,” katanya.
Timbalannya, Najib sebelum ini dinamakan sebagai penggantinya dan peralihan kuasa itu dilaporkan sebelum ini akan diadakan pada Mac ini.
Mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa semua menteri-menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap meletak jawatan selepas beliau (Abdullah) meletak jawatan, Abdullah berkata: “Masa zaman saya dulu pun (Tan Sri) Lim Keng Yaik (bekas menteri kabinet) pun kata begitu juga, tapi tak jadi apa pun, bukan boleh paksa.”
— BERNAMA

Gandingan Najib - Muhyiddin bagus - PM

Terkini
27/03/2009 7:33pm


OLEH ZULKIFLI JALIL

KUALA LUMPUR 27 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menaruh keyakinan tinggi gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat melaksanakan perubahan dalam UMNO sekali gus memastikan parti itu terus relevan dan diterima rakyat.
Menyifatkan gandingan kedua-dua pemimpin itu sebagai bagus, beliau turut berpuas hati dengan barisan baru Majlis Tertinggi (MT) parti yang mencakupi semua peringkat kepimpinan negeri melangkaui Sabah.
``Bagus, pada pandangan saya kedua-duanya serasi dan tidak bercanggah pandangan.
- Utusan

Saya tiada hasrat letak jawatan - Rais

27/03/2009 7:58pm
Rais Yatim

KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhasrat untuk mengikut jejak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Luar selepas tidak terpilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Umno semalam.
Beliau berkata walaupun keputusan seseorang menteri yang tidak berjaya dalam pemilihan partinya untuk meletak jawatan adalah suatu prinsip yang sangat mulia, namun banyak aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Prinsip ini memang lumrah di dunia luar, dan di Malaysia jarang sekali berlaku tapi kita harus menghormati pandangan beliau (Shahrir),” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
“Namun saya masih berharap agar Shahrir tidak meninggalkan jawatannya sebelum bermuafakat dengan Perdana Menteri akan datang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak,” tambahnya.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Shahrir hari ini yang meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet selepas kecundang dalam saingan menganggotai Majlis Tertinggi (MT).
— BERNAMA

Gambar pemandangan di Batang Ai

tempat nginang ikan

pemandangan empangan dari jauh

salah satu pemandangan di batang Ai


Pemandangan dari atas bukit.



salah satu pemandangan dari atas.

Pemandangan Batang Ai

Masa tuk kamek masih berada di Batang Ai, Lubok Antu, sempat juak ngambik gambar pakei tatapan semua. Kamek akan berada di situk sampei 08.04.2009. Pertama kali kamek sampei di situk, pemandangan di tempat tuk boleh tahan (kawasan dam). Kamek nak kongsi ngan kawan-kawan pengalaman berada di Batang Ai.
Petang 25.03.2009 sempat juak pegi ngail di tasek. Niin (jernih) jak nampak air. Sik ada oleh ngail petang ya tapi enjoy. Mun kitak orang ada masa terluang boleh juak pegi ke situk.
Masa tuk pun masih gago pasal pilihanraya kecil Batang Ai coz bekas ADUN nya(mendiang Datuk Dublin Unting) dolok dah meninggal dunia.

Pemandangan dari atas bukit.

Dam Batang Ai


Pemandangan Dam dari jauh.


Sempat juak ngail..



Replika ikan Tilapia Merah.

MT: 2 menteri, 4 MB tewas

KUALA LUMPUR 26 Mac – Keputusan pemilihan bagi kerusi Majlis Tertinggi UMNO menyaksikan beberapa kejutan termasuk kekalahan semua empat Menteri Besar yang bertanding dan dua menteri Kabinet.
Keempat-empat Menteri Besar yang tewas ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Dua menteri Kabinet yang tewas ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Turut gagal pada pemilihan MT yang keputusannya diumumkan malam ini ialah bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.
Dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom dan Datuk Hassan Malek turut tewas.

Thursday, March 26, 2009

Abdullah tunjuk teladan tidak pertahan jawatan

26/03/2009 4:14pm

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau memilih untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno kerana mahu menunjukkan teladan serta memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda.
Perdana Menteri berkata beliau tetap memilih untuk berbuat demikian walaupun terdapat ramai anggota parti dan rakan-rakan di dalam dan luar kerajaan meminta beliau terus mempertahankan jawatan.
“Atas kesedaran dan rasa cinta kepada Umno, atas rasa tanggungjawab terhadap Umno dan bangsa Melayu, saya memilih untuk menunjukkan teladan, dengan tidak mempertahankan jawatan Presiden parti,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasarnya buat kali terakhir sebagai Presiden parti pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini.
Abdullah, 69, yang menjadi Presiden Umno sejak Oktober 2004 diganti Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, 55, yang menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan.
“Saya menghargai keputusan rakan-rakan yang turut memilih langkah yang sama, baik di peringkat bahagian mahupun cawangan, baik di peringkat Pemuda, Wanita dan Puteri.
— BERNAMA

Wednesday, March 25, 2009

Khairy menang Ketua Pemuda UMNO

25/03/2009 11:25pm

KUALA LUMPUR 25 Mac - Khairy Jamaludin berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti yang berlangsung hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu menang menewaskan dua lagi calon, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir dengan mendapat 304 undi.
Sementara itu, Datuk Razali Ibrahim pula memperoleh 417 undi menewaskan Datuk Rizal Merican Naina Merican bagi jawatan Naib Ketua Pemuda. - Utusan

Shahrizat dipilih Ketua Wanita UMNO

25/03/2009 9:09pm
Shahrizat Abdul Jalil

Kuala Lumpur 25 Mac - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz dengan memperoleh 507 undi.
Rafidah yang telah mengetuai pergerakan itu selama 30 tahun meraih 280 undi.
Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Napsiah Omar. - Utusan

Rooney terlepas hukuman keras FA

Wayne Rooney

LONDON - Penyerang England, Wayne Rooney terlepas tindakan disiplin Persatuan Bola Sepak England (FA) berikutan kad merah diterimanya semasa menentang Fulham, Sabtu lalu.
Penyerang Manchester United itu dibuang padang pada perlawanan tersebut selepas melakukan dua kesalahan yang menyaksikan pasukannya kalah 0-2.
Walaupun dia bertegang leher dengan pengadil perlawanan, Phil Dowd dalam insiden itu, pegawai terbabit mengesahkan tidak berlaku tindakan keras dan provokasi keras daripada Rooney.
Bagaimanapun, FA England memberi amaran kepada Rooney mengenai tindakannya menumbuk bendera sudut ketika keluar dari padang.
''Kami telah mendapatkan penjelasan daripada Phil Dowd bahawa tidak ada kekerasan daripada pemain itu selepas dilayangkan kad merah.
''Namun, Rooney diberi amaran tentang tindakannya menumbuk bendera itu walaupun pengadil perlawanan tidak melihatnya,'' kata jurucakap FA England.
Ini bermakna Rooney kekal dengan hukuman digantung satu permainan, melibatkan perlawanan menentang Aston Villa di Old Trafford pada 5 April ini. - AFP

Monday, March 23, 2009

Jawah Gerang calon PKR di Batang Ai

23/03/2009 12:27pm

KUCHING 23 Mac - Bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang, hari ini dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai pada 7 April ini.
Ketika mengumumkannya pada satu sidang akhbar di sini hari ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jawah, 55, dipilih setelah perbincangan diadakan dengan penyokong-penyokong Nicholas Bawin, 51, yang bertanding pada pilihan raya negeri yang lepas dan kalah kepada Datuk Dublin Unting Ingot daripada Barisan Nasional.
Bawin dilantik sebagai pengarah operasi PKR bagi pilihan raya kecil itu.
Batang Ai dan Engkilili adalah dua kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.
“Saya yakin gandingan mantap antara Bawin dan Gerang dapat menawan kerusi Batang Ai,” kata Anwar.
Kerusi itu kosong berikutan kematian Unting pada 24 Feb lepas ekoran serangan angin ahmar. Penamaan calon ialah pada Ahad ini.
BN telahpun menamakan jurutera Jabatan Pertanian, Malcolm Mussen Lamoh, 49, sebagai calonnya manakala penerbit sebuah majalah Iban, Johnny chuat, 38, turut menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas.
— BERNAMA

Friday, March 13, 2009

Liverpool turun habis-habisan



LONDON - Sama ada impian Liverpool menjulang gelaran Liga Perdana England buat pertama kali dalam tempoh 19 tahun tercapai atau sebaliknya akan mengambil kira pertemuan getir menentang pendahulu Manchester United, esok.

Perlawanan yang akan berlangsung di Old Trafford itu penting kerana kedua-dua pasukan begitu teruja mengintai gelaran liga pada musim ini.

Sekiranya Liverpool dapat mengulangi kejayaan seperti mana menewaskan Real Madrid 4-0 di Anfield, Selasa lalu, maka peluang memburu kejuaraan liga akan kembali terbuka.

Jika gagal, maka mereka akan kehilangan tiga mata dan tentunya impian mahu bergelar juara akan musnah.

Seperti Liverpool, United juga turun ke kancah EPL dengan semangat berkobar selepas menang 2-0 ke atas Inter Milan dalam Liga Juara-Juara di Old Trafford, kelmarin.

Mereka telah menang dalam 11 perlawanan terakhir liga setakat ini dan masih terus utuh berbanding pencapaian yang dilalui Liverpool.

Pasukan bimbingan Rafael Benitez hanya menguasai puncak liga dari penghujung November lalu sehingga pertengahan Januari sebelum kedudukan pendahulu itu dipintas United.

Daripada persembahan Liverpool, Selasa lalu, sukar mempercayai rata-rata kesebelasan Reds beraksi begitu hebat tetapi mempamerkan mutu yang tidak sama ketika bermain dalam kancah liga.

Setakat ini, Liverpool hanya tewas dalam dua perlawanan liga, seri 10 kali untuk berada di tangga ketiga dengan perbezaan tujuh mata.

Apa tanggapan ramai sekalipun, Benitez percaya pasukannya mampu meneruskan saingan memburu gelaran liga termasuk menewaskan United merupakan satu kemenangan bermakna.

''Kami mempunyai perlawanan penting selepas ini. Kami beraksi baik tadi (semalam) dengan menjaringkan empat gol. Ini menambah keyakinan kami untuk berdepan perlawanan getir itu.
''Saya mengingatkan mereka betapa pentingnya bermain dengan baik kerana kita akan berdepan dengan pasukan hebat dan mesti menang untuk merapatkan jurang perbezaan mata,'' kata Benitez selepas perlawanan menentang Real, Selasa lalu.

Begitu juga Chelsea yang mula mendapat semula rentaknya sejak di bawah bimbingan jurulatih Belanda, Guus Hiddink.

Kejayaan mengetepikan cabaran Juventus dalam Liga Juara-Juara sudah cukup menyuntik semangat baru buat The Blues untuk berdepan Manchester City di Stamford Bridge, Ahad ini. - Reuters

Thursday, March 12, 2009

Perlawanan tumpuan

"Embak sabar pok" nasihat boss Manchester United, Sir Alex Ferguson kepada Benitez.

"Kalah lagik" mungkin ya kata-kata yang keluar dari mulut Rafael Benitez.


Perlawanan tumpuan 14 March 2009 malam Sabtu jam 9.00 malam di Old Trafford akan kita saksikan sejarah tercipta lagik yang mana Manchester United akan membenam pasukan yang menduduki tempat ketiga dalam EPL tidak lain dan tidak bukan Liverpool.
Kekalahan ya kelak akan mengubah kedudukan Liverpool jauh ketinggalan di belakang sang juara Manchester United. Ramalan mengatakan Manchester akan membelasah Liverpool dengan jaringan yang agar besar. Jaringan tidak dapat dimaklumkan kerana ada sesetengah pihak ya kelak akan sakit hati.
Daripada gambar (Benitez) di atas sudah membayangkan Liverpool telah kalah perang psikologi. Belum turun dah mengaku kalah.
Sama-samalah kita menyaksikan perlawanan tersebut dan kalau ada menerima SMS ,jawab, jangan sik jawab. Terimalah hakikat yang pasukan anda akan kalah.

Manchester United membelasah Inter

Ronaldo bergaya selepas menjaringkan gol.
Juara bertahan Manchester United melangkah dengan bergaya ke suku akhir Liga Juara-Juara tiga tahun berturut-turut membenam anak buah Jose Mourinho 2-0 awal pagi tadi.
Keputusan 0-0 perlawanan pertama dua minggu lepas tidak menghampakan peminat-peminat Manchester United di Old Trafford apabila Nemanja Vidic menanduk bola masuk ke dalam gawang gol Inter Milan hasil tendangan sudut oleh Ryan Gigg's pada minit ke 4 separuh masa pertama.
Gol kedua pula menyusul minit ke 49 separuh masa kedua hasil jaringan cantik oleh pemain terbaik dunia tidak lain dan tidak bukan Cristiano Ronaldo.
"Memang tidak dapat dinafikan lagi Manchester United akan mengegarkan dunia bolasepak sekali lagi dan sudah pasti Liverpool akan tunduk dan menghormati kebolehan yang dimiliki oleh Manchester United. Bagi peminat-peminat fanatik Liverpool janganlah anda melatah dan tunggu giliran anda kena belasah kali ini" kata seorang peminat Manchester United yang namanya tidak mahu disiarkan.
Manchester United yang bakal mengejar lima kejuaraan musim ini, telah memenangi Juara Kelab Dunia dan Piala Liga. Ketika ini juga Manchester mendahului EPL dan masuk separuh akhir Piala FA. Tahniah dan Syabas!

Wednesday, March 11, 2009

Calon BN bagi DUN Batang Ai diketahui Sabtu

Terkini
11/03/2009 3:30pm


KUCHING 11 Mac — Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai akan diketahui Sabtu ini.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN negeri, berkata nama calon berkenaan akan diumumkan selepas mesyuarat parti-parti komponen BN pada hari itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Pakar Kuching (KSH) di sini hari ini.
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Feb akibat serangan angin ahmar dan koma selama sembilan bulan.
Unting merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan wakil rakyat Batang Ai sejak 1991. Beliau merupakan Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 29 Mac dan hari pengundian pada 7 April, jika ada pertandingan.
Minggu lepas, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing berkata parti itu hanya menyerahkan satu nama sebagai calon kepada pucuk kepimpinan BN.
Taib, ketika ditanya mengenai pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM60 bilion yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat semalam, berkata kesan pakej rangsangan itu dirasai pada awal tahun depan.
“Jangan terlalu mengharap pada tahun ini,” kata beliau, sambil menambah kata bahawa Sarawak berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyediakan peruntukan bagi pembangunan di Sarawak dan Sabah.
Najib mengumumkan sejumlah RM230 juta diperuntukan bagi menambah baik infrastruktur luar bandar di Sarawak dan Sabah, terutamanya bagi meningkatkan bekalan elektrik dan air.
Beliau turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.95 bilion bagi membina dan meningkatkan kemudahan 752 sekolah luar bandar di Sarawak dan Sabah, dengan RM300 juta diperuntukan bagi meningkatkan kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. — Bernama

Liga Juara-Juara (Champion League)

Fasa Kalah Mati
(Perlawanan Kedua)
Manchester United v InterMilan
(12.03.2009 /3.45pg/ Old Trafford)




Juara dunia Eropah dan England, Manchester United dengan penuh bersemangat yakin dengan keupayaan mereka untuk menyapu bersih semua lima kejuaraan yang dipertandingkan musim ini, satu pencapaian yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kelab sebelum ini.
Awal pagi nanti sama-samalah kita menyaksikan bagaimana pasukan Juara dunia Manchester United membelasah Inter Milan. Ramai pemerhati sukan termasuk saya sendiri beranggapan bahawa Manchester United mampu melakukan kejutan demi kejutan. Ini terbukti dimana 3 (TIGA) piala sudah tersimpan di dalam galeri Manchester United.
Bagi peminat-peminat Manchester United tidak risau dengan keupayaan yang begitu menyerlah kebelakangan ini. Untuk itu jangan lupa menonton siaran langsung pada pagi nanti.

Polis kenalpasti kawasan panas di Bukit Selambau

Terkini
11/03/2009 12:53pm


ALOR SETAR 11 Mac — Sentimen perkauman yang dimainkan pihak tertentu dipercayai menjadi punca beberapa lokasi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menjadi ’panas’, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.
Beliau berkata polis mengenalpasti tempat-tempat itu dan sedang memantaunya tetapi berkata ’semuanya dalam keadaan terkawal’. “Setakat ini dua atau tiga tempat telah menjadi panas, perlu diberi perhatian lebih menjelang pilihan raya kecil 7 April ini,” katanya semasa dihubungi, hari ini. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lokasi tersebut atas faktor keselamatan dan berkata taklimat mengenai situasi DUN Bukit Selambau akan dibuat di ibu pejabat Polis Bukit Aman beberapa hari lagi. Jumlah anggota polis yang ditugaskan di Bukit Selambau juga akan diketahui selepas taklimat itu, kata Syed Ismail.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengosongkan kerusi dewan negeri kawasan berkenaan pada 8 Feb lepas.
Penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau ditetapkan 29 Mac ini. Sekiranya ada pertandingan, pembuangan undi akan diadakan pada 7 April, serentak dengan pengundian bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kawasan DUN Batang Ai di Sarawak. — Bernama

Liverpool, Chelsea layak ke suku akhir Liga Juara-Juara

Terkini
11/03/2009 9:26am


LONDON 11 Mac - Real Madrid tewas ditangan Liverpool 4-0, The Reds layak ke suku akhir dengan agregat 5-0.
Chelsea seri 2-2 dengan Juventus namun sudah cukup buat pasukan The Blues untuk melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah berbekalkan keputusan agregat 3-2.


Keputusan
Liverpool 4 - Real Madrid 0 (Liverpool layak agregat 5-0)
Chelsea 2 - Juventus 2 (Chelsea layak agregat 3-2)
Villarreal CF 2 - Panathinaikos FC 1 (Villareal layak agregat 3-2)
Bayern Munich 7 - Sporting Lisbon 1 (Bayern Munich layak agregat 12-1)

Tuesday, March 10, 2009

Effendi dan Malasingam angkat sumpah Senator

Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi

10/03/2009 3:18pm

KUALA LUMPUR 10 Mac — Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi dan Pengerusi MIC bahagian Tapah, Perak, Dr M.
Malasingam hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.
Effendi, 61, mengangkat sumpah memegang jawatan itu untuk penggal kedua manakala Malasingam dilantik bagi kali pertama. Kedua-dua lantikan berkuatkuasa hari ini untuk tempoh satu penggal.
Effendi, ketika bercakap kepada pemberita selepas upacara itu melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana diberi peluang sekali lagi menyumbangkan khidmat bakti kepada negara.
Beliau berjanji akan memberikan sumbangan terbaik dengan memfokuskan kepada isu ekonomi yang bersesuaian dengan pengalamannya sebagai ahli perniagaan dan pemimpin korporat.
“Saya akan sumbangankan ilmu dan pengetahuan ketika persidangan Dewan khususnya isu-isu berkaitan bidang ekonomi yang sebati dalam jiwa saya serta pengalaman kerja dalam sektor swasta dan menjadi menteri kabinet sebelum ini,” katanya di bangunan Parlimen di sini. - Bernama

Saturday, March 7, 2009

Menu Makan Tengahari

Pagi tadik kamek ke pasar meli dak sayur kay makan tengahari. Sik di sangka banyak buah dijual kat pasar sayur (pasar nyelong). Walaupun bukan musim buah tapi buah dabey, buah durian, buah engkalak dan buah langsat dah ada di pasaran. Harganya ada mahal sikit. Buah engkalak RM7.00 sekilo, buah dabey RM14.00-RM17.00 sekilo, buah langsat RM7.00-RM8.00 sekilo dan buah durian RM7.00-RM12.00 sigek.
Rasa ati nak makan beli jak lah. Koyong sedut pun mahal juak RM15.00 sekilo. Apa pun nang nyaman.


Buah Engkalak

Buah dabey, koyong sedut, engkalak, sayur campur & buah langsat siap dihidang.


Buah dabey


Koyong sedut


Buah durian