Songket adalah kain tenunan Melayu warisan zaman berzaman yang hingga kini masih diminati ramai. Ianya dipakai bersama baju Melayu semasa menyambut perayaan Hari Raya atau untuk menghadiri majlis-majlis rasmi. Di Malaysia kain songket buatan Terengganu sangat popular dan dikenali ramai. Walau bagaimanapun tenunan songket Rajang amatlah popular di kalangan penduduk Sarawak.
Kampung Rajang terletak di dalam Kawasan Parlimen P.206 Tanjung Manis dan jauhnya lebih kurang 10 kilometer di hilir Pusat Pertumbuhan Bandar Baru Tanjung Manis. Untuk sampai ke kampung tersebut kita boleh menaiki bot ekspres dari Sarikei (180km) atau menaiki kapal terbang yang mana terletak lebih kurang 12 km dari Kampung Rajang. Bagi penduduk di sekitar zon tengah, songket Rajang memang tidak asing lagi bagi mereka.
Pada awal 60 an hingga akhir 70 an tenunan mula diusahakan secara tradisi dan berhenti operasinya sekitar 80an kerana kekurangan bahan mentah yang sukar didapati ketika itu. Kesinambungan itu, awal 90an sekumpulan wanita muda Kampung Rajang gigih mengusahakan songket tersebut secara komersil. Kini kumpulan itu telah mempunyai bangunan sendiri sebagai pusat tenunan songket. Bangunan moden yang siap dibina pada 2004 adalah hadiah dari kerajaan Negeri Sarawak sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap industri ini. Sebelum ini, mereka beroperasi di bangunan lama dari tahun 1993 hingga 2003. Buat masa ini kumpulan tenun ini telah pun dianggotai oleh 22 orang wanita di bawah kepimpinan Hajjah Saanah Binti Haji Suhaili .
Jalinan kerjasama dan hubungan rapat antara penduduk dengan kerajaan (yang diwakili oleh Agensi dan Jabatan berkaitan) telah mewujudkan keadaan ‘yang menguntungkan' kepada kedua-dua pihak. Para penduduk bukan sahaja dapat meningkatkan tahap sosioekonomi mereka bahkan mengangkat imej dan martabat penduduk serta Kampung Rajang secara keseluruhannya. Tindakan dan usaha penduduk Kampung Rajang ini sewajarnya menjadi teladan dan ikutan kepada penduduk di Negeri Sarawak ini.
Keunikan dan keistimewaan Kain Songket Rajang telah menarik minat Kraf Tangan Cawangan Kuching yang telah menempah sepersalinan (Baju, Seluar, Samping, Tengkolok) untuk Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XII serta sepersalinan (Baju, Kain Sarung, Selendang) untuk Raja Permaisuri Agong yang lalu sebagai cenderahati sempena Lawatan Rasmi Baginda ke Negeri Sarawak yang lalu.
Ketika penulis menemu ramah ketua kumpulan tersebut, beliau menyatakan bahawa baru-baru ini Kraf Tangan Cawangan Kuching ada menempah 3 pasang Sarung dan 3 pasang Samping bercorakkan suku kaum etnik Sarawak (Orang Ulu). Malah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pemimpin Tertinggi Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin serta Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Abdul Taib Bin Mahmud pernah menyarung kain songket tersebut. Untuk menyiapkan sesuatu tempahan setiap seorang atau pekerja boleh menghasilkan 2 helai tenunan dalam masa lebih kurang 3 bulan jika ianya diusahakan dengan tekun. Sebelum ini, banyak tempahan sudah diterima oleh pelanggan. Antara pemimpin-pemimpin Negeri Sarawak yang pernah menempah tenunan tersebut di antaranya adalah YB Dato Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg, YB Dato Sri Awang Tengah Ali Hassan, YB Tuan Haji Hamden Bin Haji Ahmad, YB Datuk Wahab Bin Haji Dollah, pegawai tinggi kerajaan dan orang-orang perseorangan.
Harga pasaran untuk sepasang kain Samping ialah RM500.00 hingga RM5,000.00 dan bagi sepasang Sarung pula bermula dari harga RM800.00 hingga mencecah RM10,0000 mengikut corak dan benang sutera atau poliester yang digunakan. Penglibatan dan peranan yang dimainkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak untuk memasarkan dan mengetengahkan Kain Songket Rajang di kalangan pelancong-pelancong dan syarikat terkemuka telah menaikkan imej dan kedudukan produk ini. Dengan pemakaian Kain Songket Rajang ini di kalangan Orang Kenamaan juga membuktikan keistimewaan produk ini yang diakui berkualiti tinggi dan berprestij. Adalah diharap pengeluaran Kain Songket Rajang dapat diperluaskan sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Langkah ini tidaklah mustahil dengan adanya penglibatan bersungguh-sungguh dan jalinan kerjasama akrab pihak kerajaan dengan penduduk Kampung Rajang. Bagi yang berminat, untuk keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi pusat tenunan tersebut di talian 084-612322 (pejabat) atau 0198868455 (Hajjah Saanah Binti Haji Suhaili)

Disediakan oleh: Ahmat Bin Adai dan Anwar Hanafi Ardimansyah
No comments:
Post a Comment