Saturday, January 3, 2009

Anwar Ibrahim dan 16 September: Sekadar Perang Saraf

Seluruh negara ternanti-nanti kebenaran impian Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru bagi menggantikan Barisan Nasional (BN). Beliau Menetapkan 16 September untuk berbuat demikian. Strategi beliau mudah, membawa masuk sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN ke dalam PR. Tokoh yang petah berbicara itu bebas untuk bertanding dalam pilihan raya pada 14 April selepas ditegah aktif dalam politik selama lima tahun berikutan sabitan rasuah.
Beliau membayangkan sebilangan Ahli Parlimen BN bersetuju melompat ke PR kerana mereka kurang senang dengan kepimpinan Abdullah. Oleh kerana suara tidak puashati lebih lantang kedengaran dari Sabah dan Sarawak, Ahli Parlimen BN dari Semenanjung Malaysia menunding jari terhadap mereka sebagai pihak yang akan meninggalkan BN.
Bagaimanapun hasrat Anwar dan PR yang terdiri daripada gabungan PKR, Parti Tidakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS), gagal menunaikan hajat apabila BN tetap memerintah negara sehingga kini. Di sebalik kegagalan itu, Anwar mendakwa rancangan itu terpaksa ditangguhkan untuk tempoh seketika sementara menunggu maklum balas daripada Abdullah terhadap permintaannya untuk menemui Perdana Menteri bagi menjamin peralihan kuasa yang lancar.

1 comment:

  1. Bila angan-angan anwar tak dicapai pada 16 september lepas,anwar pasang angan-angan baru iaitu hendak menawan Sarawak pulak.... pada pilihanraya negeri akan datang. Anwar fikir senang nak tawan Sarawak... tak lah sesenang negeri-negeri di sebelah sana. Sarawak sudah 45 maju dalam kerajaan yang sedia ada.Tak mahu lah Sarawak mundur jika PR memerintah.....abis membiak kelak.

    ReplyDelete