Thursday, January 8, 2009

Barrack Obama Presiden Amerika Syarikat ke 44 ;Dasar luar berubah?

Pada 4 November 2008, sejarah pentadbiran peringkat tertinggi Amerika Syarikat (AS) tercipta apabila warga kulit hitam, Barack Obama memenangi pilihan raya negara kuasa dunia itu yang mana melayakkannya menjadi Presiden ke-44 menggantikan George W.Bush.
Seluruh dunia mengikuti perjalanan kempen dan mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya malah ramai beranggapan dasar luar Amerika akan berubah selepas beliau memegang jawatan itu secara rasmi pada 20 Januari 2009. Obama diterima semua dan tiada siapa yang membayangkan hal itu akan berlaku 50 tahun lepas.
Apakah Obama boleh mengubah AS atau AS akan mengubah Obama dalam satu hal yang lain??Beliau menjanjikan slogan perubahan. Dasar luar AS tidak berubah kerana berubahnya Presiden, besar kemungkinan AS akan memastikan kelangsungan dasar luar yang ada - pro Israel, kaki buli, bertindak secara sendirian, angkuh dan tidak menghormati orang lain.
Dengan melantik Hillary Clinton sebagai Setiausaha Negara, Obama menghantar isyarat dasar AS terhadap negara Islam, Palestin dan Israel tidak banyak berubah. Clinton ialah Senator New York, satu-satunya negeri AS yang mengisytiharkan cuti Yahudi sebagai cuti rasmi.

No comments:

Post a Comment