
Masyarakat Eropah sudah menggunakannya sebagai satu cara untuk merawat penyakit sejak beribu-ribu tahun lalu dan ia dipercayai dapat melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang zaman purba dikatakan menyukainya kerana percaya tumbuhan ini memounyai kuasa menyembut penyakit.
Orang Mesir purba percaya bahawa bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Bawang putih mentah mengandungi asid amino dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia juga mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit lemak. Selain itu ia juga mengandungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium.
Minyak bawang putih dijual dalam kapsul di pasaran. Setiap kapsul mengandungi minyak yang diproses daripada bawang putih. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment