Wednesday, January 28, 2009

Gajus mahal tapi sedap

Gajus merupakan anara buah yang unik kerana bijinya yang terdapat di bahagian luar buah. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok ketereh, janggus dan jambu golok. Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale dan ia tergolong dalam famili Anacardiaceae.
Pokok ini berasal dari Brazil dan ditanam di kawasan terbuka untuk bijinya. Ia hidup lebih subur di kawasan yang berpasir seperti kawasan tepi pantai dan di kawasan kampung. Pokoknya besar dan boleh mencapai ketinggian lebih daripada 20 meter. Bijinya yang digoreng mempunyai rasa yang sedap dan harganya juga mahal. Ia digunakan juga dalam ramuan nasi beriani dan sebagai hiasan di atas beberapa hidangan masakan dan kuih.

Getah daripada buahnya boleh mencederakan kulit. Bagaimanapun pucuk dan buah gajus biasanya dimakan mentah sebagai ulam bersama sambal belacan, sambal udang dan boleh juga dibuat kerabu. Buah gajus ini dikatakan tidak disarankan dimakan mereka yang menghidap penyakit batuk dan lelah.

No comments:

Post a Comment