Sejurus tersebar kenaikan tertinggi dalam sejarah negara mengenai kenaikan harga minyak berkuat kuasa 4 Jun 2008, hampir semua stesen menjual minyak diserbu kerana ingin menikmati harga yang rendah sebelum terpaksa membayar lebih. Sebelum kenaikan kepada RM2.70, harga petrol ialah RM1.92 seliter manakala diesel dari RM1.58 kepada RM2.58 seliter. Ini merupakan kenaikan tertinggi dalam sejarah negara. Sebelum ini kenaikan minyak tidak terlalu membebankan.
Pada 1 Oktober 2000 kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 10 sen, ketika itu harga minyak mentah setong AS$36 (RM136.80). Pada 5 Mei 2005, harga petrol naik lagi 10 sen, harga minyak mentah sudah mencecah AS$58 (RM220.40) setong. Kenaikan 30 sen minyak petrol diumumkan pada 28 Februari 2006 pada ketika minyak mentah mencecah AS$77.70 (RM279.80) setong.
Ketika minyak naik mendadak Jun 2008 lepas, sebagai manusia normal, siapa yang tidak merungut kerana bukan sahaja harga bahan bakar naik harga tetapi harga pelbagai barang keperluan menyusuli langkah yang sama.
Apabila hampir semua barang naik harga, sudah pasti kos sara hidup meningkat, lebih-lebih lagi di kalangan golongan berpendapatan rendah. Sehingga sekarang, meskipun sudah enam (6) kali kerajaan menurunkan harga minyak, masih tidak banyak perubahan dari segi harga barang keperluan.
Berikutan harga minyak di pasaran dunia semakin jatuh, kerajaan pada pertengahan bulan Disember 2008 memutuskan harga petrol dan diesel diturunkan lagi menjadikan harga petrol sekarang ialah RM1.90 seliter manakala diesel RM1.80 seliter. Apa yang dinantikan golongan berpendapatan rendah pada tahun 2009 ialah penurunan pelbagai barang. Bolehkah ianya direalisasikan? Sama-samalah kita nantikan?

No comments:
Post a Comment