- Tiga kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cedera apabila ibu pejabat Agensi Bantuan dan Perkhidmatan PBB (UNRWA) bagi pelarian Palestian dibedil oleh tentera Israel dengan peluru meriam mengandungi fosforus putih menyebabkan bangunan itu terbakar.
- Seorang wartawan televisyen Abu Dhabi cedera apabila satu peluru berpandu Israel mengenai tingkat 13 bangunan AL-Shurouq Tower yang menempatkan beberapa pertubuhan media tempatan dan asing di Gaza City.
- Serangan Israel menyebabkan kemusnahan infrastruktur bernilai sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion (RM4.9 bilion) di Gaza.
- PBB akan memperuntukkan AS$7 juta (RM24.5 juta) daripada dana kecemasan untuk membantu menyediakan bekalan makanan dan air bersih di GAZA.
- Sekurang-kurangnya 1,054 penduduk Palestin terkorban termasuk 355 kanak-kanak dan 100 wanita manakala lebih 4,870 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel yang masuk hari ke-20.
- Pemimpin Hams, Ismail Haniyah beri tiga syarat jelas dan mudah untuk gencatan senjata baru dengan Israel termasuk menarik balik sekatan ekonomi Genting Gaza seperti NERAKA DUNIA.
- Pertubuhan hak asasi manusia Palestin desak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague lancar siasatan ke atas Israel atas tuduhan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan.
Apakah tindakan dunia untuk menyelamatkan bumi Palestin dari terus bermandi darah? Di manakah keadilan Amerika Syarikat yang mengelar dirinya sebagai POLIS DUNIA, sekutu kuat Yahudi? Hari demi hari bumi Palestin terus dibedil dengan peluru berpandu dan meriam oleh rejim Zionis, kanak-kanak yang belum mengenal erti hidup terus dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Israel yang tidak mengenal mangsa.
Rejim Zionis adalah binatang atau haiwan yang tidak berhati perut sepatutnya dihapuskan di muka bumi ini.
Jika Saddam Hussein dihukum gantung sampai mati kerana dituduh membunuh 168 orang rakyatnya, apakah pula bentuk hukuman yang paling wajar dikenakan ke atas seluruh KABINET ISRAEL yang telah membenarkan tenteranya MEMBUNUH lebih 1,000 rakyat Palestin yang tidak berdosa dalam tempoh tidak sampai sebulan? Persoalannya mampukah dunia menghukum rejim ini?
No comments:
Post a Comment