Friday, January 9, 2009

Persidangan Perwakilan SUPP ke 21:Dr Chan kekal Presiden

Pada 14 Disember 2008 lepas Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mengekalkan status sebagai presiden parti menerusi Persidangan Perwakilan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meskipun pada Persidangan Perwakilan Khas 2006 menyatakan kesediaan berundur dan memberi peluang kepada pemimpin pelapis mencorakkan semula pentadbiran parti agar mampu meraih semula sokongan rakyat terutama pengundi Cina.
Sejak kalah di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri 2006, sokongan pengundi Cina semakin luntur. Dr Chan bagaimanapun seperti yang dikhabarkan beberapa hari sebelum persidangan perwakilan masih meneruskan perjuangan sebagai ketua parti. Bagi mempertahankan keputusan kekal, beliau mendakwa perubahan SUPP tidak semestinya membabitkan pemimpin. Perubahan agar meraih semula sokongan pengundi, tegas beliau juga boleh dilakukan dengan pendekatan baru menyelesaikan masalah rakyat. Beliau menjelaskan, apa guna jika pemimpin sahaja bertukar tetapi pendekatan masih sama seperti pemimpin terdahulu?
Serentak itu, semua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan. Dr Chan menanbah, pengekalan itu menunjukkan semua barisan pemimpin tertinggi sedia berganding bahu untuk mencetuskan perubahan.

No comments:

Post a Comment