Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN),46, PAS pula menurunkan Anggota Dewan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut dan Azharudin Mamat@Adam merupakan calon BEBAS.
Dalam proses penamaan calon, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng mana kala calon PAS Mohd Abdul Wahid,51, merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam selama lima penggal sejak 1990, dicadang oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md Azmi Lok Yusof. Azharudin,46, seorang ahli perniagaan telah dicadang oleh Ahmad Affendi Shah dan disokong oleh Zakaria Abdullah.
Tiada insiden kekecohan dilaporkan berlaku ketika proses penamaan calon itu diadakan. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 November 2008. Pilihan raya Umum yang lepas, Razali menang dengan majoriti 628 undi. Kawasan itu mempunyai 80,229 orang pengundi.
Wednesday, January 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment