Friday, January 30, 2009

Rumput Kuda

Rumput kuda atau rumput guinea ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 hingga 2 meter. Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu kuda biasa, green panic, hamil, coloniao dan makuene.
Di Malaysia, jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.


Di Malaysia, rumput yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.

Rumput ini juga boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% protein kasar dan sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur.
Ia tahan pada kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Bagaimanapun rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung.


Kebiasaannya rumput pastura dari jenis ini boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi untuk diberikan kepada ternakan seperti kambing. ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan menghasilkan daging dan susu.

No comments:

Post a Comment