Wednesday, January 28, 2009

Siak-siak untuk rawat kecacingan

Siak-siak tergolong dalam famili Liliaceace. Nama saintifiknya ialah Daniella Ensifolia. Herba jenis renek ini tumbuh berumpun dan ia boleh mencapai tinggi semeter. Daunnya panjang bersifat elipik atau lanseolat, agak keras, berpelepah dan hujungnya tajam. Bunganya muncul di hujung tangkai yang panjang, jenis biseksual, berwarna ungu kebiruan dan kadang-kala putih atau kekuningan.
Buahnya pula bentuk beri, bergaris pusat 9-15 mm, berwarna ungu keungguan dan kelihatan lebih berkilau setelah matang. Setiap buah mempunyai 3-4 biji. Bijinya berbentuk ovoid, berukuran 5 mm panjang, lembut, hitam tetapi berkilauan. Herba ini mempunyai beberapa khasiat perubatan. Akar pokok siak yang telah dikeringkan, dikunyah atau pes akarnya yang segar disapu pada perut bagi merawat kekacingan.

Pokok herba ini dikatakan dapat merawat penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya. Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan dalaman selepas bersalin. Abu akar dan daun pokok siak boleh dijadikan ubat sapu untuk merawat bisul, gatal, sakit kuning, kudis herpes dan sakit urat. Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau makanan lain sebagai umpan untuk membunuh tikus. Akar dan rizom siak-siak juga boleh dibuat kosmetik dan minyak wangi.

No comments:

Post a Comment