Monday, February 2, 2009

Queen Mary II kelilingi dunia.

Kapal Queen Mary II yang merupakan kapal penumpang terbesar di dunia milik Cunard Line, kini dalam misi mengelilingi dunia selama tujuh bulan.
Kapal yang boleh menampung 3,800 penumpang dan anak kapal itu berlabuh di pelabuhan Valparaiso di Chile minggu lepas selepas dua minggu belayar dan hanya singgah selama 12 jam di pelabuhan itu.

Kapal berharga AS$900 juta (RM3.2 bilion) itu mempunyai saiz 345 meter luas, tinggi 72 meter dan memiliki 13 kabin yang boleh menempatkan 1,253 anak kapal serta 2,620 penumpang.
Kapal itu juga dilengkapi dengan kemudahan seperti 15 restoran, lima kolam renang, dewan keraian, panggung wayang, kasino dan planetarium.

No comments:

Post a Comment