Thursday, March 26, 2009

Abdullah tunjuk teladan tidak pertahan jawatan

26/03/2009 4:14pm

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau memilih untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno kerana mahu menunjukkan teladan serta memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda.
Perdana Menteri berkata beliau tetap memilih untuk berbuat demikian walaupun terdapat ramai anggota parti dan rakan-rakan di dalam dan luar kerajaan meminta beliau terus mempertahankan jawatan.
“Atas kesedaran dan rasa cinta kepada Umno, atas rasa tanggungjawab terhadap Umno dan bangsa Melayu, saya memilih untuk menunjukkan teladan, dengan tidak mempertahankan jawatan Presiden parti,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasarnya buat kali terakhir sebagai Presiden parti pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini.
Abdullah, 69, yang menjadi Presiden Umno sejak Oktober 2004 diganti Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, 55, yang menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan.
“Saya menghargai keputusan rakan-rakan yang turut memilih langkah yang sama, baik di peringkat bahagian mahupun cawangan, baik di peringkat Pemuda, Wanita dan Puteri.
— BERNAMA

No comments:

Post a Comment