Tuesday, March 10, 2009

Effendi dan Malasingam angkat sumpah Senator

Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi

10/03/2009 3:18pm

KUALA LUMPUR 10 Mac — Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi dan Pengerusi MIC bahagian Tapah, Perak, Dr M.
Malasingam hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.
Effendi, 61, mengangkat sumpah memegang jawatan itu untuk penggal kedua manakala Malasingam dilantik bagi kali pertama. Kedua-dua lantikan berkuatkuasa hari ini untuk tempoh satu penggal.
Effendi, ketika bercakap kepada pemberita selepas upacara itu melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana diberi peluang sekali lagi menyumbangkan khidmat bakti kepada negara.
Beliau berjanji akan memberikan sumbangan terbaik dengan memfokuskan kepada isu ekonomi yang bersesuaian dengan pengalamannya sebagai ahli perniagaan dan pemimpin korporat.
“Saya akan sumbangankan ilmu dan pengetahuan ketika persidangan Dewan khususnya isu-isu berkaitan bidang ekonomi yang sebati dalam jiwa saya serta pengalaman kerja dalam sektor swasta dan menjadi menteri kabinet sebelum ini,” katanya di bangunan Parlimen di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment