Wednesday, March 4, 2009

Majlis Penutupan Rasmi Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat

Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat di Sebangkoi ini telah diadakan selama 16 hari mulai 16 Febuari yang lepas hingga 3 Mac iaitu kelmarin oleh Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Redisen Sarikei dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kuching.
Hari ini adalah acara kemuncak dimana seramai 14 orang peserta akan menerima Sijil Penyertaan masing-masing dan sekiranya lulus ujian yang dijalankan akan mendapat lesen yang sah sebagai Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
Tujuan dan objektif Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak mangadakan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi setempat adalah:
  • untuk meningkatkan jumlah pemandu pelancong yang bertaraf tempatan dan semulajadi yang berlesen dan berkualiti.
  • di samping untuk meningkatkan bilangan pemandu-pemandu pelancong berkualiti yang berlesen.
  • untuk memastikan pemandu pelancong bersungguh-sungguh dalam menyediakan pengalaman ekopelancongan yang berkualiti tinggi seperti aspek keselamatan, kepekaan budaya dan persekitaran yang 'sutainable'.

Penutupan kursus tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Hamden Bin Haji Ahmad, Menteri Muda Pelancongan dan Menteri Muda Hal Ehwal Belia Sarawak. Antara yang hadir ialah Encik Akit Sebli Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan bandar dan Pelancongan Sarawak, Puan Felicia Tan wakil Residen Bahagian Sarikei, Dr Liew Kang Chiang wakil Pengarah Eksekutif PPKS, Encik Rudi Anoi Pegawai Eksekutif STB Sibu dan Ketua-ketua Jabatan.

YB bersama dengan Encik Akit dan Puan Felicia Tan.

YB menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta tamat kursus.


YB menyampaikan ucapan penutupan rasmi kurusu tersebut.

No comments:

Post a Comment