Thursday, March 12, 2009

Manchester United membelasah Inter

Ronaldo bergaya selepas menjaringkan gol.
Juara bertahan Manchester United melangkah dengan bergaya ke suku akhir Liga Juara-Juara tiga tahun berturut-turut membenam anak buah Jose Mourinho 2-0 awal pagi tadi.
Keputusan 0-0 perlawanan pertama dua minggu lepas tidak menghampakan peminat-peminat Manchester United di Old Trafford apabila Nemanja Vidic menanduk bola masuk ke dalam gawang gol Inter Milan hasil tendangan sudut oleh Ryan Gigg's pada minit ke 4 separuh masa pertama.
Gol kedua pula menyusul minit ke 49 separuh masa kedua hasil jaringan cantik oleh pemain terbaik dunia tidak lain dan tidak bukan Cristiano Ronaldo.
"Memang tidak dapat dinafikan lagi Manchester United akan mengegarkan dunia bolasepak sekali lagi dan sudah pasti Liverpool akan tunduk dan menghormati kebolehan yang dimiliki oleh Manchester United. Bagi peminat-peminat fanatik Liverpool janganlah anda melatah dan tunggu giliran anda kena belasah kali ini" kata seorang peminat Manchester United yang namanya tidak mahu disiarkan.
Manchester United yang bakal mengejar lima kejuaraan musim ini, telah memenangi Juara Kelab Dunia dan Piala Liga. Ketika ini juga Manchester mendahului EPL dan masuk separuh akhir Piala FA. Tahniah dan Syabas!

No comments:

Post a Comment