Wednesday, March 25, 2009

Rooney terlepas hukuman keras FA

Wayne Rooney

LONDON - Penyerang England, Wayne Rooney terlepas tindakan disiplin Persatuan Bola Sepak England (FA) berikutan kad merah diterimanya semasa menentang Fulham, Sabtu lalu.
Penyerang Manchester United itu dibuang padang pada perlawanan tersebut selepas melakukan dua kesalahan yang menyaksikan pasukannya kalah 0-2.
Walaupun dia bertegang leher dengan pengadil perlawanan, Phil Dowd dalam insiden itu, pegawai terbabit mengesahkan tidak berlaku tindakan keras dan provokasi keras daripada Rooney.
Bagaimanapun, FA England memberi amaran kepada Rooney mengenai tindakannya menumbuk bendera sudut ketika keluar dari padang.
''Kami telah mendapatkan penjelasan daripada Phil Dowd bahawa tidak ada kekerasan daripada pemain itu selepas dilayangkan kad merah.
''Namun, Rooney diberi amaran tentang tindakannya menumbuk bendera itu walaupun pengadil perlawanan tidak melihatnya,'' kata jurucakap FA England.
Ini bermakna Rooney kekal dengan hukuman digantung satu permainan, melibatkan perlawanan menentang Aston Villa di Old Trafford pada 5 April ini. - AFP

No comments:

Post a Comment