Wednesday, February 17, 2010

Kes liwat Anwar: 500 bantah campur tangan Australia

Terkini

17/02/2010 1:20pm

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Kira-kira 500 individu yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak secara aman di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.

Kesemua mereka terdiri daripada ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO, MIC dan beberapa NGO dilihat berhimpun di sebuah restoran di jalan tersebut kira-kira pukul 9 pagi sebelum berarak ke pejabat suruhanjaya tinggi itu 45 minit kemudian.

Perhimpunan secara aman itu bagi mendesak kerajaan Australia supaya tidak masuk campur dengan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Utusan

1 comment:

  1. Salam bro, tahniah dan syabas kerana bejaya mengadakan himpunan bantahan tersebut.... jangan biarkan orang luar menggangu uandang-undang negara kita...... sorylah tak mampu untuk bersama.

    ReplyDelete