Wednesday, January 14, 2009

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE): Bukan '"Gajah Putih".

Pada 11 Februari 2008 Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bintulu. Ianya dikatakan bakal mempercepatkan pembangunan Wilayah Tengah Sarawak. Projek yang meliputi kawasan antara Similajau di Bintulu dan Tanjung Manis, Mukah seluas 70,708 kilometer persegi tertumpu kepada industri berteraskan tenaga malah projek mega berkenaan dijangka melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak sebanyak lima kali ganda atau tujuh peratus pada tahun 2030 berbanding 4.9 peratus pada 2006.
Pada 2006 KDNK sebenar adalah sebanyak RM23 bilion dan dijangka meningkat kepada RM118 bilion pada 2030 dengan pelaksanaan SCORE. Selain itu, sbanyak 1.6 juta pekerjaan akan wujud berbanding 0.9 juta pekerjaan pada 2006 dan populasi meningkat kepada 4.6 juta orang daripada 2.4 juta orang.
Baru-baru ini, Japan Tokuyama Corporation mengumumkan akan membina kilang pengeluaran'polycrystalline silicon' di Similajau, Bintulu. Antara projek tumpuan dalam SCORE ialah pembinaan loji pelebur aluminium utama dunia. Cahya Mata Sarawak (CMS) dan Rio Tinto membentuk Sarawak Aluminium Company (SALCO) yang bakal membuka lembaran baru dalam industri di wilayah tengah.
Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam merangka SCORE mahu wilayah tengah Sarawak tidak lagi ketinggalan dalam aspek pembangunan. Matlamat beliau ialah mempercepatkan pembangunan di Bintulu, Mukah dan Sibu. Sudah pasti matlamat itu turut merangkumi penyediaan pekerjaan kepada belia Sarawak.

No comments:

Post a Comment