Pada 10 Disember 2008 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2008 bagi menubuhkan sebuah badan kehakiman bebas untuk menguruskan perlantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di samping perlantikan Ketua Hakim Negara.
Rang Undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas melalui perbahasan antara Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pembangkang. Suruhanjaya itu akan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negra dan dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan empat lagi akan dilantik oleh Perdana Menteri.
Dalam pada itu, pembangkang terutamanya daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendakwa penubuhan suruhanjaya berkenaan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dengan menafikan hak Sabah dan Sarawak dalam mengesyorkan Perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi. Justeru itu, PM menjelaskan perkara itu sendiri kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud agar tidak wujud lagi kekeliruan di kalangan warga Sarawak khasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment