Friday, January 2, 2009

Pilihan Raya Umum 2008 :Tsunami Politik

Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan pada 8 Mac 2008 memberi kejutan besar kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) apabila EMPAT negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) manakala Kelantan kekal milik pembangkang. PRU merupakan pilihan raya yang ke 12 setelah Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari. BN masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), BN tewas di KELANTAN, PULAU PINANG, KEDAH, PERAK dan SELANGOR. Banyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan,MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS.
Gelombang baru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia. SARAWAK yang mempunyai 31 kerusi Parlimen masih gah dengan statusnya sebagai kubu kuat BN. PR menerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) cuma menang di Bandar Kuching sekaligus memberi kemenangan kepada BN di 30 kerusi yang lain. Dengan keputusan itu, Sarawak kekal sebagai kubu kukuh BN.
Secara keseluruhan BN menang 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen dan selebihnya dimenangi pembangkang dan Bebas. Keputusan PRU juga mencabar kewibawaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil alih pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pembangkang buat kali pertama sejak negara merdeka 51 tahun lepas telah menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. kurang daripada tiga bulan lagi kita akan mendapat Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampuk pemerintahan. Selama lebih tiga dekad Najib telah membuktikan keupayaannya mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia politik. Beliau sudah pasti cukup bersedia mengambil alih tanggungjawab yang besar itu.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..Selamat Tahun Baru 2009..

    ReplyDelete