Monday, January 12, 2009

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia : Mampukah banteras rasuah?

Pada Disember 2008 yang lalu Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan usaha membasmi rasuah di negara ini lebih berkesan. Pembentukan SPRM akan dilaksanakan kemuadian merupakan satu impian Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang perlu dicapai sebelum beliau bersara Mac tahun ini.
SPRM akan menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apabila ran undang-undang itu diluluskan, ia dikatakan menjadi asas kepada pembentukan sebuah badan yang lebih berwibawa, berkesan dan tertakluk kepada pemantauan luar melalui satu sistem 'check and balance' yang komprehensif.
Bagi memantapkan usaha membenteras rasuah oleh SPRM, rang undang-undang itu juga akan menyaksikan pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan pencegahan Rasuah (PPPR).
SPRM dirangka sedemikian rupa selepas menilai agensi-agensi anti rasuah yang diiktiraf sebagai anatar yang terbaik di dunia seperti "Independent Commission on Anti- Corruption" (ICAC) di Hong Kong dan "Independent Commission Against Corruption" di New South Wales, Australia.

No comments:

Post a Comment