Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu yang mana keputusan memihak kepada pihak pembangkang (PAS) dengan majoriti 2,631 merupakan kekalahan kali kedua dalam pilihan raya kecil selepas Permatang Pauh Ogos 2008 yang lalu. Ini jelas menunjukkan bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO (BN) semakin kurang.
Dahulu sebut sahaja pilihan raya, yang pasti parti pembangkang akan berasa gementar tetapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kemenangan BN pada pilihanraya umum yang lalu terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah tetapi BN telah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan apa yang jelas pembangkang menguasai lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Persoalannya adakah pilihan raya umum yang lalu belum cukup memberi petunjuk?
Orang UMNO sering melaungkan yang rakyat Terengganu sudah bosan dengan PAS sejak parti itu memerintah Terengganu selama satu penggal mulai 1999 hingga 2004 namun apa yang pasti sokongan terhadap PAS semakin meningkat. Jadi apakah orang UMNO masih lagi mengaku yang UMNO masih lagi kuat dan belum lagi tergugat?
Dalam usaha untuk memperbaiki orang-orang UMNO dan BN yang disegani dan dipercayai oleh rakyat, perubahan sikap di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli parti amatlah penting.
UMNO perlu satu barisan yang benar-benar segar dan dihormati, dinamik dan popular bukan sahaja dalam UMNO malah juga di kalangan luar. Wakil-wakil rakyat UMNO juga janganlah bersikap angkuh dengan rakyat. Mereka mesti keluar dan berjumpa dengan rakyat di peringkat akar umbi serta mempunyai sistem sokongan dan mampu memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat. Mereka perlu sensitif dengan masalah dan peka dengan suara rakyat. Harapan agar perubahan yang radikal akan berlaku dan akan mengubah sikap orang-orang UMNO dan seterusnya akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment