Tuesday, February 10, 2009

BN Kedah nafi ada kaitan peletakan jawatan Arumugam

Terkini
10/02/2009 8:59pm

ALOR SETAR 10 Feb. — Barisan Nasional (BN) negeri hari ini menafikan kononnya menjadi punca kepada peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau V.Arumugam dengan menawarkan habuan sebanyak RM5 juta dan memberi tekanan kepada wakil rakyat itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN tidak pernah membuat sebarang tawaran wang ataupun memujuk mana-mana wakil rakyat dari Pakatan Rakyat untuk menyertai komponen parti itu kecuali mereka sendiri yang berminat menyertai BN. - Bernama

1 comment:

  1. Memang perangai PR, bila ada orang atau ahli parti PR keluar meninggal mereka yang disalahkan BN. Macam-macam tuduhan yang di lemparkan (nasib baik tak lempar kasut)di beri sogokan RM 5 juta dan lain-lain lagi,macam-macam aje....

    YB PR yang keluar atau meletak jawatan kerana mereka sudah hilang keyakinan terhadap pakatan yang disertai mereka.

    ReplyDelete