Monday, December 14, 2009

Arsenal kejutkan Liverpool di Anfield


terkini

14/12/2009 2:35am

LONDON 14 Dis. - Liverpool mengalami kekalahan keenam musim ini dalam saingan Liga Perdana England apabila tunduk kepada Arsenal 2-1 di gelanggang sendiri, yang juga kemenangan liga pertama The Gunner di Anfield sejak 2003.

Rembatan kencang oleh penyerang dari Rusia, Andrei Arshavin pada minit ke-58 memastikan kejayaan buat kelab London itu sekali gus memintas Aston Villa ke tempat ketiga dengan 31 mata, enam di belakang pendahulu Chelsea dan kurang tiga mata berbanding Manchester United dengan baki satu perlawanan.

Liverpool yang turut gagal layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara, kekal di tempat ketujuh dengan 24 mata, kalah enam daripada 16 perlawanan, tambahan empat kekalahan berbanding musim lalu.

Arsenal berhempas pulas pada babak pertama dan ketinggalan menerusi gol Dirk Kuyt pada minit ke-41.

Pertahanan England, Glen Johnson menyamakan kedudukan selepas menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50 hasil umpanan rendah Samir Nasri yang menerjah gawang sendiri. - Reuters

No comments:

Post a Comment