Monday, December 28, 2009

MU kalahkan Hull 3-1

28/12/2009 7:24am

LONDON - Manchester United menghampiri pendahulu liga, Chelsea dengan hanya dua mata selepas menundukkan Hull City 3-1 dalam saingan bola sepak Liga Perdana England di Hull, sebentar tadi.

Penyerang England, Wayne Rooney meletakkan United di depan pada minit ke-45, tetapi Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti Craig Fagan di minit ke-59.

Kesilapan pertahanan tuan rumah, Andy Dawson menyumbat gol ke gawang sendiri di minit ke-73 kembali meletakkan United di depan, sebelum

Dimitar Berbatov melengkapkan kemenangan 3-1 pada minit ke-82. - AFP

No comments:

Post a Comment