Wednesday, January 7, 2009

PKR tumpu kawasan luar bandar Sarawak: Persediaan untuk pilihan raya negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Gabriel Adit Demong dikatakan marah dengan seorang wartawan dari sebuah akhbar berbahasa Inggeris kerana menulis berita penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) 'terlalu awal'. Adit berbual mengenai dengan wartawan terbabit di lobi Kompleks Dewan Undangan Negeri ketika persidangan DUN tahun lepas dan tidak menyangka apa yang diperkatakannya disiarkan keesokan harinya.
Bukan itu yang hendak ditekankan, Adit calon BEBAS pada pilihan raya Negeri 2006, sekian lama telah menanti untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Pada 15 November yang lalu beliau secara sah menyertai PKR bersama ribuan penyokong pada satu majlis makan malam di Sibu yang dihadiri Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 24 Disember yang lalu, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang, dulunya ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) turut menjejaki langkah Adit.
Adakah ini membenarkan dakwaan bahawa PKR kini semakin berakar umbi di kawasan luar bandar? Mereka sudah pasti mengharapkan sokongan pengundi di luar bandar dapat menjadikan impian menjadi kenyataan - merampas Kerajaan Negeri daripada BN. Benar atau tidak kita cuma mampu menunggu apabila Pilihan Raya Negeri diadakan selewat-lewatnya 2011.

1 comment:

  1. Kebanyakan orang yang menyertai PKR adalah bekas ahli PBDS dan orang yang kecewa apabila tidak dicalonkan semula pada pilihanraya yang lepas.

    ReplyDelete