Monday, January 12, 2009

Sarawak, 45 tahun dalam Malaysia : Terus menagih pembangunan

Sarawak yang dahulunya diperintah oleh Rajah Brooke kini berubah wajah dengan nikmat pembangunan yang dirasai rakyat selepas 45 tahun menyertai Tanah Melayu dan Sabah membentuk Malaysia.
Selama lebih 45 tahun Malaysia dibentuk, masih ada cakap-cakap yang mahu Kerajaan negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar royalti minyak dinaikkan daripada 5% kepada 20% setahun.
Bekas Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'kub muncul menjelaskan isu itu yang baginya perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Sarawak katanya, menerima royalti dalam pelbagai bentuk menerusi pembiayaan projek-projek pembangunan infrastruktur.
Justeru beliau menyarankan pihak tertentu melihat isu royalti minyak dari perspektif lebih luas. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam ucapan Pelancaran Perayaan 45 Tahun sarawak Maju Dalam Malaysia mengajak rakyat mengimbas semula pembangunan yang dikecapi negeri ekoran penubuhan Malaysia. Menurut beliau, pembangunan berterusan merupakan hasil kerjasama erat pemimpin Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri dan persekutuan.

1 comment:

  1. Is a mistake that Sarawak comes under Malaysia.
    You just have to look at Brunei and Singapore, take the average and minus our an average Malaysian....Sarawakian has been short charged.

    ReplyDelete